Thursday, June 12, 2008

Lidah Oh Lidah!!

Assalamualaikum,

Aku betul-betul penat hari ni..masuk keje pukul 545pg dan hari ni aku balik rumah pukul 6ptg!!!hari yang panjang dan aku berharap aku dapat rehat yang cukup pada hujung minggu ni...

Bos aku baru hand over keje dia...dan its really hard to see him leaving but kalau itu yang terbaik untuk dia ok laa....Aku pun bingung dengan keje2 yang tiba2 menimbun...macam2 nak kene buat..tapi perlahan2 aku cuba membahagi2 kan keje..Lebih kurang macam ni laa benda yang aku buat tadi...

5:40am : Discussion dengan Breakfast@ Suria,monitor show breakfast, amik calls, siapkan Che Pat Korner nyer skrip untuk minggu depan , then show prep untuk besok, siapkan Julai nyer Calender of Event!!

10:00am : Jumpa bos for the hand over things! Makkk aii...boleh tahan jugak.. :P

11:00am : Proof read scripts DJ's - Euro Mania 2008....telefon rekod label for CD Rancak

12:00pm : Naik ke Red minta demo pasal aku dah tak blh nak tunggu after lunch...Fany pun
ada kat opis so baik aku buat terus skrip untuk Best OF Asia

1:00 pm : Still working on the demo's scripts...i'm trying my best to get this done...sorry!!

2:00 pm : Script done and ready to record.

3:00pm : Meeting with Wati's lecturers....

4:00pm : Discussion dengan Tuah macam mana nak buat script untuk BenQ Idol and how's
the contest gonna work out.

5:00pm : Buat Programming Monthly Reports and proposals...hand over sket keje kat DJ Lin,
terima kasih laa kerana sudi membantu...really appreciate it!!

6:00pm : Time to go home...itu pun pasal EE tanya kenapa tak balik lagi....:P

Well, that's pretty much like it....actuallly byk yg aku buat in between, mana nak arrange photo shoot untuk website lagi...mana dengan masalah office email tak blh bukak lagi...mana dengan script proof read lagi....

Sebenarnya aku rasa sedikit tertekan dengan work loads ni...aku tak pernah imagine aku kene buat benda2 ni semua....dan Alhamdulilah..aku bersyukur pd Allah..at least aku di beri peluang untuk mengukur sejauh mana kemampuan aku...tapi syukur dapat bos yang paham akan situasi aku....hari ni je dah macam2 benda aku tanya hehehehe....dan aku pun dah britau dia yang beban keje ni memang berat untuk aku...tapi bos suruh aku sabar banyak2..dan hopefully it won't be long laaa.....Aku bukan apa...kalau sesuatu pekerjaan tu aku tak boleh lakukan...aku kan berterus terang dengan bos aku jadi kalau apa2 jadi at least dia faham...

Masa aku tengah surfing tadi aku terjumpa dengan artikel berkenaan dengan lidah...just for our information and knowledge..marilah kita baca bersama tentang LIDAH....

Lidah manusia bukan sahaja boleh mengungkapkan rasa syukur atas kebesaran Allah S.W.T., malah boleh disalahgunakan dengan pelbagai cara. Tanpa pancaran iman dan nilai etika, menurut Imam Ghazali, menerusi lidah akan berlakulah pendustaan (pembohongan), buruk sangka, permusuhan, fitnah, mencarut, mencela, mengutuk, pertelingkahan, mengumpat, melaknat dan membicarakan sesuatu dalam keadaan kesat, kasar dan penuh dengan kesombongan.

Ingatlah bahawa setiap pergerakan kita sentiasa diawasi oleh dua malaikat iaitu Raqib dan Atid. Elakkan daripada terjerumus ke dalam dosa termasuk melemparkan tuduhan, prasangka buruk serta bercakap bohong. Setiap apa yang diucap akan diperjawabkan di akhirat kelak. Hanya perkataan-perkataan yang diredhai Allah akan dicatit, manakala perkataan-perkataan yang mendatangkan kebencian Allah akan dicatit atas kemurkaan-Nya sampai hari qiamat.

Daripada Muaz, katanya Rasulullah s.a.w. memegang tanganku sambil berjalan lalu bersabda bermaksud: "Wahai Muaz! Aku wasiatkan kamu supaya bertaqwa kepada Allah dan bercakap benar, iaitu menepati janji, menunaikan amanah, meninggalkan khianat dan mengasihi anak-anak yatim, memelihara jiran tetangga, mengawal kemarahan dan lembut percakapan, menyebarkan salam dan taat setia terhadap pemimpin yang adil, bertafaqun memahami al-Quran, kasih akan akhirat, takut hari hisab, pendek angan-angan, baik amalan. Aku larang kamu daripada memaki hamun orang-orang Islam atau mempercayai pembohong atau mendustakan orang yang benar atau menderhakai Raja yang adil atau melakukan kerosakan di muka bumi. Wahai Muaz! "Ingatlah Allah pada setiap pokok dan batu, dan bertaubatlah setiap dosa yang sabit secara sulit, yang secara terang." (Riwayat Baihaqi)

Rasulullah s.a.w. pernah menghadapi dilema dan mengganggu perasaannya ketika menghadapi fitnah atau pembohongan golongan munafiq mengenai isterinya yang paling dicintai telah berbuat serong dengan sahabat Rasulullah s.a.w. yang masih muda bernama Safawan. Namun Allah Taala sendiri yang membersihkan 'Aisyah dari tuduhan yang hina itu melalui wahyu-Nya dalam surah an-Nur ayat 11 hingga 23.

"Inilah tipu daya dan kerosakan serta kejahatan yang datang dari golongan munafiq dalam mana-mana masyarakat dan adalah kewajipan untuk menjaga daripada kemudharatannya serta daripada fitnah dan pembohongan yang dilemparkan untuk memecahkan perpaduan umat Islam."

Berhubung perkara pendustaan dan pembohongan ini Allah berfirman bermaksud: "Mahukah Aku khabarkan kepada kamu, kepada siapakah syaitan-syaitan itu selalu turun? Mereka selalu turun kepada tiap-tiap pendusta yang berdosa, yang mendengar bersungguh-sungguh (apa yang disampaikan oleh syaitan-syaitan itu) sedangkan kebanyakan beritanya adalah dusta." (Surah asy-Syuaraa' ayat 221 - 223)

Segala tingkah laku, tutur kata sama ada yang terlafaz atau tidak merupakan keluhuran budi seseorang dan kerana itu segala yang benar-benar dilarang oleh Islam adalah bertujuan mengelak daripada berlakunya kerenggangan hubungan persaudaraan yang sepatutnya terjalin erat. Perlakuan buruk, yang tidak mengambil kira nilai budi bahasa dan peribadi mulia, akan memutuskan ikatan kasih sayang yang akhirnya menimbulkan kebencian di hati semua pihak.

Rasulullah s.a.w. ditanya tentang kelakuan apakah yang paling banyak memasukkan seseorang ke dalam syurga. Jawab baginda: "Taqwa kepada Allah dan keindahan akhlak, dan ketika baginda ditanya: "Apakah yang pa-ling banyak memasukkan orang ke dalam neraka?" Baginda menjawab: "Kejahatan mulut dan kemaluan".
Kemudian Allah memberi amaran kepada golongan yang suka berbohong dan berdusta di dalam firman-Nya bermaksud: "Maka nyatalah bahawa tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka perkara-perkara yang dusta terhadap Allah, dan mendustakan kebenaran sebaik-baik sahaja kebenaran itu disampaikan kepadanya. Bukankah (telah diketahui bahawa) dalam neraka jahanam disediakan tempat tinggal bagi orang-orang kafir? (Surah az-Zumar ayat 32).