Kau tetap dalam angan ku
Sekilas ku teringat detik-detik yang lepas
Indahnya perkasihan semacam ku rasakan
Tak sanggup rasanya sesaat ditinggalkan
Dan seboleh-bolehnya Ku ingin mengikutmu
Walau ke lurah dalam aku sanggug tenggelam
Demi kerana sayang apa jua kurela
Jiwa dan raga
Engkau saja yang sentiasa bermain di fikiran
Tiap masa dan ketika tak terlintas di hati ini
Untuk curang kepadamu... Oh kekasih
Aku berharap pendirian engkau juga
Sama-sama pertahankan kebahagiaan
Walau diacu belati tajam mengugutku
Cinta aku kasih aku tetap untukmu
Hingga ke mati hanya itu mampu ku beri
Tersentak lamunan bila diri ini disentuh
Oleh seseorang ku cuba damaikan
Hati yang kian berkocak
Agar perasaan sedih aku ini tidak nampak
Di pusara ini ku sedia berdiri
Bersama doa-doa tak putus kuhulurkan
Itulah tanda kasih...Kasih yang sebenar
Wajah dan senyumanmu sentiasa ku angankan
Aduhai sayang oh...
Lagu Favourite Abang Alim...
Mohammad Alim...abang angkat aku
Shima.....kawan satu sekolah
Intan/Linda adalah aku...
Layla.....adik aku
Ida......kawan baik ku
Disember,1991
"Abang dah cakap banyak kali!! Abang memang sayang Intan sorang aja..tolonglah jangan ganggu kami lagi!!"Leave us alone!! tolong laa!! kalau Shima nak abang bahagia tolonglah jangan kacau Intan lagi...Abang anggap Shima sebagai kawan aja....Abang sayangkan Intan...dan abang dah lama sukakan dia... " "Abang...."
"Apa kurang nya Shima bang?" "Kita sama-sama bersekolah dari sekolah rendah" "Shima tak sangka abang hanya anggap Shima sebagai kawan sahaja?" Abang tipu!!" "Abang pandang muka Shima dan abang cakap yang abang memang tak ada apa2 perasaan pada Shima""Then barulah Shima percaya"
"Ok!! Shima...dengar sini baik2...Abang memang sayangkan Intan..Abang memang cintakan dia sejak dari mula-mula abang jumpa dia..." "Kami dah rancang nak ke University sama-sama" "Intan akan masuk form six dan dia akan bersekolah di Sekolah Datuk Jaafar dengan abang!!!" "Lepas tu kami akan sama2 masuk University" "Kami akan belajar sama-sama , hingga kami berjaya menggenggam ijazah" "faham!!!" "Jangan ganggu kami lagi!!"
That was the last time Alim bertengkar dengan Shima...seorang gadis yang turut menaruh perasaan pada abang angkat aku...tiap2 hari Shima akan titipkan madah2 sayang di dalam meja Alim..semua tu Alim tunjukkan pada aku...mula2 jeles gakk tapi bila dah tau Alim tak layan si Shima, aku terus tak jadi marah...tapi selepas peristiwa pertengkaran Alim dan Shima...Aku dah tak jumpa Shima lagi...walaupun dia duduk setaman dengan aku..kadang2 tu petang2 aku naik motor dan lalu depan rumah dia...tapi tak pernah nampak lagi kelibat Shima...kata kawan2 Shima begitu kecewa dengan Alim dan Shima terpaksa ke KL duduk dengan kakaknya...
Satu petang aku terima nota dari Shima...dan dia nak jumpa aku...Kami berjumpa di taman permainan di hadapan rumah Shima...dan aku dah pun britau Alim tentang perjumpaan kami...sedang kami berbual2 dan sekali Shima meninggikan suaranya...
"Intan..kau tau kan yang aku sayang Alim lebih dari segala2?" "Aku tak tau kenapa kau sanggup rampas Alim dari aku?" "Kau memang kejam laa Intan" "Merampas kebahagiaan orang" "Dulu Alim ada banyak masa dengan aku..tapi sejak kau datang dari sekolah JB, kau dah rosakkan hubungan aku dengan Alim"
"Apa yang kau merepek ni Shima?" "Siapa rampas siapa?" "Sudahlah ... Alim dah beritau kau siapa yang dia suka, apa lagi yang kau nak dari aku?"
"Aku nak kau lupakan Alim" "Aku sayang dia Intan" "Aku sayang sangat dengan dia" (menangis)
"Aku pun sayangkan Alim, Shima" "Dan Alim pun sayangkan aku" "Aku tunggu sehingga abis
SPM untuk aku luahkan padanya.." "Alhamdulilah Alim pun punyai perasaan begitu pada aku" "Aku minta maaf Shima, Hati dan perasaan tak boleh dipaksa" "Sejak kau gaduh dengan Alim, Alim rasa sedih sangat" "Alim tak mau kehilangan seorang sahabat yang baik macam kau Shima" "Alim masih lagi anggap kau kawan dia..tapi kau sangat mendesak sehinggakan korang berkelahi" "Aku minta maaf sekiranya persahabatan kau dan Alim berantakkan kerana aku...." "Aku tak berniat nak rosakkan persahabatan kau dan Alim" " Aku minta maaf Shima" "I'm sorry" "Aku doakan satu hari nanti kau akan berjumpa dengan orang yang menyayangi kau sepenuh hatinya..."
Petang 30 Disember, 1991
"Assalamualaikum, Intan!!" "Ni Abang Alim"
"Walaikumsalam Abang Alim" "Apa khabar?" "Lama tak call?" "Surat Intan pun bukan nak balas, penat orang tunggu tau"
"Abang Alim sibuk laa sekarang ni!!" "Tapi Abang Alim sihat ni" (ketawa)"Intan dah merdeka sekarang ni ehh" "Jangan lupa amik form 6 macam Abang Alim eehh" "Kita gi sekolah sama2..naik motor dengan Abang Alim..." "Abang Alim dah belikan helmet untuk Intan tau!!"
"Insyallah bang!! Intan tak sabar nak naik form 6 ni... " "Abang ni happy semacam ni ada apa2 istimewa ke?"
"Alim rasa happy sangat dapat cakap dgn Intan!!!"(ketawa)"Alim tak sabar rasa nak gi sekolah sama2 dengan Intan" "Lusa besday Intan kan?" "Alim nak belanja Intan makan kat Tiram ok tak?" "Kita makan Chicken Delight?"
"Chiken Delight pun chicken delight laa bang...Intan tak kisah.." "Kul brapa nak jumpa?"
"Yay!!(ketawa) Lepas Alim balik sekolah Alim amik Intan kat rumah"
"Ehh...bang jangan..nanti ayah Intan marah...abang bukan tak tau ayah Intan kan garang..." "Intan jumpa abang terus laa kat Chicken Delight eehh" "Lepas kelas komputer Intan terus ke Tiram""ok tak bang"
"Ok Intan!!!" "Jumpa kat Chicken Delight 1hb Januari eehh" "Jangan lambat tau!!" "Intan!!" (ketawa)
"Ya bang!!""Intan dengar ni"
"Alim happy sangat dapat dengar suara Intan dan dapat sambut besday Intan" (ketawa)
"Intan pun happy juga dengar suara abang happy!!" "kita jumpa 1hb nanti ya bang!!" "Bye!!"
"Bye Intan!! Assalamualaikum"
"Walaikumsalam"
31st Disember 1991
"Ting!!" "Ting!!" "iyer laa....iyer laa...ingat aku pekak ke?" jerit driver bas. Dah laa bawak laju ingatkan tak nak berhenti...sabar je laa
"isskk..hujan laa plak..dah laa aku tak bawak payung...hhmm..sib baik gerimis..." "Cepat jalan layla...nanti sampai rumah dah maghrib mampos ayah bising..."
"Apsal korang lambat balik hah?" " Bas tak de ayah...orang tunggu dari pukul 530 kul 630 baru pas sampai"
"Linda tadi ida call..dah banyak kali dia call...ada kawan kau meninggal"
"hah?" "Siapa meninggal?" "entah laa..kau call ida "
"Ramai orang cari kau tadi.. dah jadi macam balai polis dah rumah ni"
"Hello ida, aku ni...linda.."
"Kau ni apsal lambat sangat balik dari kelas.. abang Alim dah meninggal!!! accident pagi tadi dengan bas kilang!!"
"Ya Allah!!! kul brapa dia..."
"Pagi tadi dia nak gi sekolah...ada bas kilang nak potong van pekerja...bas tu tak perasan ada lori kelapa sawit kat depan...then bas tu rempuh motor dia...Alim meninggal kat tempat kejadian...kepala dia pecah!!" (menangis)
"Kaau..uu....bila nak pergi tengok?"
"besok je aarr tempat aku dah hujan"
"Ok besok pagi2 kita gi rumah dia eh" (menangis)
"Linda...i'm so sorry" (menangis)
"Ok...bye" (menangis)
"Kenapa linda?"
"Abang Alim dah meninggal, layla!!!! " (menangis)
1 Januari 1992
Hari lahir ku yang paling melankolik...hari ini aku menziarah rumah arwah Alim...aku pasrah dengan ketentuan Allah....Hari ini umur ku genap 18 tahun..Aku teruskan pengajian ku ke tingkatan 6 tapi bukan di Sekolah Dato Jaafar tapi di Maktab Sultan Abu Bakar...
Semoga roh Arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..Amin.... Al-Fatihah..
Mohammad Alim bin Tumin dalam kenangan...
.......to be continue ...........