Tuesday, February 24, 2009

Entah....

Assalamualaikum,

Sihat? Aku? Entah laaa...

Entah kenapa sejak dua menjak ni fikiran aku bercelaru...bukan kerana Haris tapi kerana keadaan di sekeliling aku....

Entah kenapa bos aku moody sejak kebelakangan ni,
Entah kenapa orang yang baik dengan aku suka2 hati mencemuh aku dikhalayak ramai...
Entah kenapa diorg yang bergaduh sama sendiri aku pun diorg nak heret sekali dalam perbalahan ini...
Entah kenapa orang yang aku hormati tak lagi menggunakan kata2 yang sopan....
Entah kenapa orang tergamak mengaibkan orang lain...
Entah kenapa orang sanggup gunakan bahasa yang kesat pd orang yang lebih senior daripada dia...
Entah kenapa orang kecoh pada benda2 yang remeh...
Entah kenapa aku rasa keadaan sekeliling aku ni dipenuhi oleh orang yang tak berperasaan kasih dan sayang antara satu sama lain....
Entah kenapa tiba2 aku rasa betapa manusia sudah hilang rasa hormat antara satu sama lain
Entah kenapa tiap kali aku rasa sunyi sekali.....walaupun aku dikelilingi keriuhan...

Entah....entahlah...