Friday, October 24, 2008

Isteri Mithali

Assalamualaikum,

Heylowww!!!!How's things?Tau semua tak sabar2 nak tunggu weekend kan? hahahahahaha.....aku pun...tak sabar2 nak ke Singapura..but sebelum tu aku nak cerita tentang seorang isteri Mithali...


Entah kenapa sepanjang minggu ni aku asyik berdepan dengan kisah sedih warga emas.Mungkin kerana sejak aku hantar ayah ke hospital baru2 ni kot? Tapi semlm ayah telah menceritakan pada aku kisah seorang isteri mithali...

Semalam aku dan adik lelaki aku hantar ayah gi checked darah kat HKL pukul 8pg kita dah sampai..aku pun turunkan ayah dulu sementara aku nak gi cari parking..tapi pusing 30 kali tak de gakk parking then aku pun balik ofis dulu laa... ayah aku ditemani oleh adik lelaki aku..Shah...

Lama gakk nak amik sample darah and kene tunggu 2 jam laa...then amik lagi darah...sib baik aku masuk office...

So semasa ayah n adik aku menjalani proses mengambil darah tu mereka dok lepak kat HKL nyer cafe....berhadapan dgn ayah aku ada sepasang suami isteri...yang menarik perhatian ayah adalah si isteri menyuapkan nasi ke mulut suaminya...dalam hati ayah berkata..bertuah sungguh lelaki tu kerana dah berusia mcm ni pun masih lagi disuap isteri...sungguh romantis....

Entah macam mana mungkin maksik ni perasan kenapa ayah aku asyik tgk kan gelagat dia lalu dia pun berkata...suaminya ini tak sihat...mata dah buta, mulut pula tak blh bercakap kerana strok..sbb tu laa maksik tu suapkan dia makan....maksik tu ke HKL utk amik obat dia...tapi maksik tu bawak sekali suaminyer kerana dia risau kalau ditinggalkan kat rumah takut apa2 jadi pada suaminya...(hai...sebak dada aku nak teruskan cerita ni..)

Ayah aku terkedu...dan dia tanya mana anak2? maksik tu bilang..anak2 dia semua keje..tak blh amik cuti tuk hantar dia ke HKL...Astaga!!! sampai hati anak2 dia ehh buat mak bapak mcm tu? Maksik tu berkata lagi.... dulu masa kecik mak bapak siap usung anak ke klinik bila anak sakit.... skrg ni mak bapak sakit anak2 tak blh cuti nak hantar diorg ke hospital...tapi kalau anak2 diorg sakit boleh pulak amik cuti!!! (Ya Allah....sedih nyer hati aku...)

Aku kesal laa dengan sikap setengah2 orang yang tak bertanggungjawap dgn ibubapa diorg ni...maksik ni bukan kuat pun nak pimpin suami dia...and diorg dok kat Sentul jee..tak kan laa anak2 tak blh hantar ke HKL? Anak2 diaorg sanggup biarkan mak n ayah diorg yang uzur ni naik bas ke hospital!!! Ya Allah Kau selamatkanlah kedua2 insan yang malang ini...Kau bukalah hati anak2 mereka supaya berasa tanggungjawap pada ibubapa mereka!!!!Ya Allah!!!

Aku sedih sangat2 sekarang ni...aku bersyukur kerana Allah kurniakan segala kasih sayang yang amat dalam pada ibubapa ku....Alhamdulilah...kami sekeluarga hidup penuh dengan kasih sayang dan saling hormat menghormati....amin...

Ayah aku tanya maksik tu kenapa tak nak duduk dgn anak2? Maksik bilang dia bukan tak nak duduk dgn anak2 tapi dia tak larat nak jaga cucu...patutlaaa maksik ni dok berdua dgn suami dia...

Betul jugakk laa...dah tua2 ni buat apa laa diorg suruh jaga cucu....patutnya diorg kene dok rehat kat rumah.Cukuplah diorg dah jaga anak2 diorg dulu...

Adik aku tanya kalau maksik ni nak balik blh laa kita tolong hantarkan...tapi maksik ni bilang dia baru sampai...dia kata balik ni dia naik cab je...kesian nyeerr...

Ayah aku kata inilah isteri mithali..hanya Allah yang tau betapa besar pahala dia...

Sejak ayah aku ceritakan tentang makcik ni sampai skrg aku tak blh lupa....tiap kali aku teringat tentang makcik ni hati aku jadi sebak....

Antara firman Allah bermaksud: “Dan Kami (Allah) mewajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. Ibunya mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga menyusukannya); dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (oleh yang demikan) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Al-Luqman: 14)

Memang tidak dapat dielakkan pelbagai perangai dan ragam mereka yang tidak menyenangkan, termasuk pemarah, meminta layanan baik dan menyucikan najisnya.

Semuanya ini adalah ujian dan dugaan yang menuntut kesabaran dan balasannya adalah syurga.

Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”

Sabda Rasulullah, “sesiapa yang bangun pagi dan melakukan sesuatu yang menyenangkan hati ibu bapanya maka terbuka dua pintu ke syurga. Begitulah juga pada waktu petang. Tetapi barang siapa yang melakukan sesuatu yang tidak diredai oleh ibu bapanya maka terbuka dua pintu neraka”.