Assalamualaikum,
Apa khabar? Jangan tanya bagaimana keadaan aku...hanya Allah yang Maha Mengetahui...Aku perlukan masa untuk bernafas dan berfikir...everybody need a little time away from each other...semoga perpisahan ini dapat membuat kita berfikir secara waras...ku kan tenang dan dia akan pergi...ku ambil cahya cinta ini utk terangi jalan ku....
Pengalaman masa lalu menjadikan aku begini.Aku bangun semula setelah pelbagai halangan dan dugaan yang mendatang tetapi kebangkitan itu sesuatu diluar dugaan dan kemampuan aku.Kerana dia...menjadikan aku begini.maaf andai ada yg terluka dan kecewa diluar sana atas perbuatan aku.aku sudah nekad dan sudah putuskan...
noktah!
PERJALANAN hidup setiap insan telah ditentukan oleh Allah s.w.t..
Setiap ujian yang datang telah disusun mengikut kehendak-Nya jua.
Namun tidak semua insan berpeluang menikmati keindahan hidup seperti mana yang mereka ingini
Suka duka menjadi rintangan dalam memenuhi kehidupan yang panjang berliku.
Sering kali kepayahan yang ditanggung mereka yang diuji menggugat kesabaran, namun kepada Allah mereka berserah!
Itu lah dunia tak semua yang kita nak akan kita dapat.
Sesungguhnya Tuhan tak beri apa yang kita nak ..
Tapi DIA beri apa yang kita perlukan.
Bila kekuatan yang dipohon,Allah beri rintangan untuk dihadapi..
Bila kebijaksanaan yang dipohon,Allah beri masalah untuk diselesaikan…
Bila kasih Allah yang dipohon,Allah beri orang bermasalah untuk dibantu…
Bila pertolongan Allah dipohon, Allah beri peluang untuk diambil…
Dan sesungguhnya bahagia wujud selepas derita.
Hanya redha dan qanaah adalah terapi terbaik buat jiwa seorang insan.
Tidak semestinya sesuatu yang kita perlukan adalah sesuatu yang kita inginkan, dan
Tidak semestinya sesuatu yang kita inginkan adalah sesuatu yang kita perlukan...
Hanya perjalanan dan masa yang diperlukan untuk kita menyusuri setiap apa yang terjadi dengan penuh hikmah dan bijaksana...
Cinta dan cita tidak sama..
Suka dan duka juga tak sama..
Kadang2 apa yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran..
Memang benar kehidupan ni tak semestinya apa yang kita nak akan kita perolehi.Semua itu ketentuan ILLAHI.
Kemampuan manusia hanya memohon kepadaNYA semoga apa yang kita inginkan akan diredhai dan dimakbulkan...
Sejujur mana ikhlasnya hati ketika lembut senyum diberi...apakah ada tujuan...
sebalik senyuman itu...
"Sejujur manakah kata-kata...ketika kita bertentang mata, boleh kah aku percaya
mungkin itu satu sandiwara kerana sering pengucapan zahir batin tak seiring
ada rasa ada jiwa terluka hilang rasa percaya
Pengalaman telah mendewasakan mematangkan fikiran, pahit getir yang pernah kulalui
guruku sejati
Bukan dirimu ku curigai aku sekadar berhati-hati...tidak rela bakal ada yang kecewa...biar waspada"