Tuesday, July 29, 2008

Bukan kemahuan fikiran...

Assalamualaikum.....

"Sejarah cinta dan hidup ku ...penuh duri dan banyak ranjau....butuh kesabaran yang penuh untuk tetap ku berdiri....." - lagu Sepi dari Yuni Shara


Aku terpanggil dengan kisah kawan baik aku dari S'pore.....dia sedih kerana kekasih yang tercinta akan bernikah dengan jejaka pilihan keluarga.... (sigh)... Aku kira zaman serba moden arrange marriage dah tak de...tapi masih lagi dipraktikkan oleh sesetengah keluarga...yang 'konon' nyer pilihan diorg lebih baik dari pilihan anak2 diorg sendiri..oh please!!!!

Sepatutnya diorg kene bangga dengan pilihan anak2 diorg...kerana mereka bahagia dan cintakan pilihan diorg dan diorg rasa yakin dapat hidup dengan pasangan pilihan diorg sendiri..mungkin dah lama diorg kenal bf or gf diorg and dah tau buruk baik pasangan masing2...jadi kenapalah mak ayah diorg sibuk2 nak jodohkan anak2 diorg dgn menantu pilihan diorg....iissk....Been there done that!!!

Aku memang cukup jaki dgn mak bapak yang macam ni....kesian si anak...dah bertahun2 bercinta last2 kawin dgn pilihan keluarga...lepas tu kalau bahagia tak pe...tapi walau anak dan 2-3 masih lagi teringat kat kekasih lama.....

Aku cakap berdasarkan pengalaman 'ngeri' aku..5 tahun aku bercinta dgn mamat ni...tapi last2 dia kawin dgn orang lain...pasal itu adalah pilihan keluarga..kerana keluarga diorg berasal dari keluarga yang baik2...maksudnya diorg anggap keluarga aku ni keluarga yg tak baik?

Maaf cakap ehh.... jangan suka2 hati nak menghina keluarga orang...sanggup menghina sesama Islam semata2 nak kekalkan nama keluarga!! Nauzubillah....

Aku nak tanya sket..apa bezanya kita sesama Islam? Kenapa perlu ada beza taraf? Kalau mati pun kain putih juga yang kita bawak ke dalam kubur!!!Korang sembahyang pun kiblat yang sama....sujud pada Tuhan yang sama!! Puasa pun pada bulan yang sama....ikut sunnah Nabi yang sama.....Muhammad SAW... Cuba fikir apa yang berbeza?and starts to wake up people!!!kita dah makin terpesong.....just remember one thing....Di sisi Allah kita tetap sama....taqwa lah yang membezakan darjat seseorang di sisi ALLAH swt...wallahualam....