Assalamualaikum,
Demam!!Demam!!Demam!! Dah 2 hari aku demam...kejap ok kejap tak...dah pergi klinik tapi demam tak kebah2....mungkin cuaca kot? ntah laaa..
Minggu ni baru je 2 hari aku dah tak larat nak keje...mungkin kerana badan tak sihat ehh...Ya Allah!!! Kau berilah kekuatan dalam diri ku ini....amin...
Hari ni Adam masuk hospital kerana jatuh kat sekolah..sib baik tak de yang patah...cuma muscle leher dia bengkak je....harap2 dia dah boleh keluar hospital esok...
Yasmin plakk hari ni nakal sungguh...dah di larang duduk atas kereta roda dia betul lagi dia buat aksi merbahaya sampai terlentang jatuh....ayah pun apa lagi amik kereta roda tu terus buang ke luar....haiyyoo....ayah aku ni memang pantang budak jatuh....nasib laa kerera roda tu tak pasal2 kena buang....ayah bilang kereta tu dah tak de baru senang hati dia...kalau tak kereta tu jadi tempat aksi merbahaya si Yasmin....dah mcm2 aksi dah...berdiri atas kereta laa, bawak kereta sambil angkat kaki laa....and dah byk kali Yasmin nyaris jatuh...kali ni mmg betul2 jatuh lantas ayah buang terus kereta tu....tak tau la apa nak cakap dgn layla nanti.....
Mulai hari ni aku tak nak komen apa2 tentang office..kerana ada makhluk keji telah manipulatekan blog aku....aku tak kutuk pasal keje tapi dia kata aku merungut pasal keje kat blog aku....inilah keje orang yang tak de keje nak buat...asyik nak mencari salah orang je...yg paling best asyik nak cari pasal dgn aku...ntah apa2 la..... aku dah diam dah bagus so....leave me alone....
Aku tengah nantikan berita gembira....insyallah...in 2 weeks time...skrg ni aku hanya perlu bersabar je....insyallah....Allah bersama orang2 yang sabar....amin...
"firman Allah yang berbunyi;
Yang bermaksud: “Jikalau kamu semua mendapatkan kebaikan, maka hal itu tidak menyelesakan hati mereka sedang jikalau kamu semua mendapat kemudaratan, maka merekapun bergembira disebabkan kemudaratan tersebut.” (Surah al-Imran: 120)"
Rasulullah s.a.w. bersabda;
Yang bermaksud: “Sesungguhnya pada nikmat Allah ta’ala itu terdapat musuh-musuh. Baginda ditanya: “Siapakah musuh-musuh itu ya Rasulullah? Baginda menjawab, Mereka ialah orang-orang yang berhasad dengki terhadap orang lain atas anugerah yang diberikan oleh Allah.”
Sabda Rasulullah s.a.w.: “Jauhilah olehmu sekalian akan sifat dengki, kerana sesungguhnya dengki itu menghapuskan kebaikan, sebagaimana api menghanguskan kayu bakar.” Yakni, boleh menyebabkan kufur.
Dari Dhamrah bin Tha’labah, Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang bermaksud: “Manusia itu adalah baik selama mana mereka tidak saling dengki-mendengki.”
Sebuah hadis Rasulullah s.a.w. dari Abdullah bin Basyar, Rasulullah bersabda:
Yang bermaksud: “Tidak termasuk golonganku si pendengki, orang mengadu domba, orang yang mempunyai ilmu menilik dan akupun tidak dari golongannya.”
Kemudian baginda membaca ayat al-Qur’an:
Yang maksudnya berbunyi: “Orang-orang yang menyakiti hati orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan di atas perkara yang tidak dilakukan, maka sesungguhnya mereka itu telah melakukan dusta dan dosa yang nyata.”
Jadi sama-samalah kita menghindari sikap-sikap yang begini. Mohon pada-Nya lapangkan hati dan minda...agar kita senantiasa dalam naugan rahmat-Nya...di lindungi dari hembusan bisikkan hasad dengki serta hasutan syaitan yang di rejam....aminn..