Tuesday, July 1, 2008

NAMIMAH (FITNAH/ADU DOMBA)

Assalamualaikum,

Dah berhari2 aku tak de rasa nak tulis blog....macam malas nak luahkan perasaan plak..kerana tiap2 benda yang aku tulis pasti ada orang terasa....kesian kat orang yang perasan tu....tak abis2 dapat dosa dek terasa dgn penulisan aku.....Aku tak tulis pasal kau laa....sabo je la... sendiri terasa lepas tu nak meroyan...nampak sangat suka berprasangka buruk...yang best tu kawan dia pun terikut jugak..macamlah aku cakap pasal korang....c'mon laaa get a life...dah tak de keje lain agaknye..dok baca blog orang then terasa plak...ada aku tulis nama ke? tak de kan..yang ko terasa tu apsal? lepas tu tak abis2 nak mengutuk aku...aku rasa korang ni ada masalah mental...buat2lah mengucap takut masa korang tengah mengutuk aku tiba2 Malaikat cabut nyawa...tak sempat nak bertaubat...nauzubillah....cukup2lah carutkan orang....diorg semua carutkan kat belakang ko bukan main carutkan ko....tapi ko tak tau eehh...tak pe satu hari nanti kau akan tau apa yg diorg cakap pasal ko...aku dah tak angkat port laa...sorry...byk lagi keje lain nak buat...tak de masa nak cari pasal dgn orang and carutkan orang...hati2 bila berkata2 kerana kata2 itu doa..ko carutkan orang sebenarnya ia adalah cermin...kata2 kesat tu berbalik pada diri sendiri...tak percaya? percaya laahh...

Di bawah ini petikan yang aku dapat khas untuk korang semua...sungguh menginsafkan....

Abul Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Hudzaifah r.a. berkata: Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak akan masuk syurga tukang fitnah." Diriwayatkan juga dari Abu Hurairah r.a. berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apakah kamu tahu siapakah sejahat-jahat kamu?" Jawab sahabat: "Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. yang lebih tahu." Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sejahat-jahat kamu ialah orang yang bermuka dua, yang menghadap kepada ini dengan wajah dan datang kesana dengan wajah yang lain."

Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibn Abbas r.a. berkata: "Rasulullah s.a.w. berjalan melalui dua kubur yang baru ditanam, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya kedua kubur ini sedang disiksa dan tidak disiksa kerana dosa besar, adapun yang satu maka tidak bersih jika cebok dari kencingnya dan yang kedua biasa berjalan membangkitkan fitnah. Kemudian Rasulullah s.a.w. mengambil dahan pohon yang hijau lalu dibelah dan menancapkan diatas kubur masing-masing. Sahabat bertanya: "Ya Rasulullah, mengapakah engkau berbuat itu?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Semoga Allah s.w.t. meringankan keduanya selama dahan ini belum kering."

Maksud bukan dosa besar itu dalam pandangan kita padahal akibatnya besar sebab bila cepat dalm memcebok (mencuci) sesudah buang air kecil lalu masih menitis bererti tidak sah memakai pakaian yang najis, kerana itu tidak memperhatikan bersuci itu besar akibatnya disisi Allah s.w.t. kerana diakhirat itu tidak ada tempat selain syurga atau neraka, maka bila dinyatakan tidak masuk syurga maka bererti masuk neraka.

Maka wajib atas orang yang adu dumba atau pemfitnah supaya segera bertaubat sebab adu domba itu suatu kehinaan didunia dan siksa didalam kubur dan neraka dihari kiamat tetapi bila ia bertaubat sebelum mati maka insyaallah akan diterima taubatnya oleh Allah s.w.t.

Alhasan berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sejahat-jahat manusia ialah yang bermuka dua, mendatangi dengan satu wajah dan yang satu wajah dan siapa yang mempunyai dua lidah didunia maka Allah s.w.t. akan memberikannya dua lidah api dari api neraka."

Qatadah berkata: "Sejahat-jahat hamba Allah ialah tiap tukang menghina, tukang maki dan tukang mengadu (adu domba/fitnah). Siksa kubur kerana tiga perkara iaitu:

  • Sepertiga kerana ghibah

  • Sepertiga kerana tidak membersihkan selepas buang air kecil

  • Sepertiga kerana adu domba/fitnah

Yahya bin Aktsam berkata: "Tukang fitnah itu lebih jahat dari tukang sihir sebab tukang fitnah dapat berbuat dalam sesaat apa yang tidak dilakukan oleh tukang sihir dalam satu bulan dan perbuatan tukang fitnah lebih bahaya dari perbuatan syaitan naknatullah sebab syaitan laknatullah hanya berbisik dan khayal bayangan tetapi tukang fitnah langsung berhadapan dan berbuat. Dan Allah s.w.t. telah berfirman (Yang berbunyi): "Hammalatal hathab. Ahli-ahli tafsir banyak yang mengertikan hathab itu fitnah/adu domba. Sebab fitnah itu bagaikan kayu untuk menyalakan api permusuhan dan peperangan.

Abdullah bin Almubarak berkata: "Anak zina tidak dapat menyimpan amanat pembicaraan dan orang bangsawan ialah yang tidak mengganggu tetangganya." Yakni siapa yang suka memfitnah dan adu domba maka tabiat anak zina sebab Allah s.w.t. berfirman (Yang berbunyi): "Hammaazin masysyaa'in binamin, mannaa'in lil khairi mu'tadin atsiim utullin ba'da dzalika zaniem." (Yang bermaksud): "Tukang mengejek dan berjalan memfitnah, bakhil tidak berbudi melampaui batas pendurhaka, sombong selain dari semua itu ia anak zina."

Seorang hakiem (cendiakawan) didatangi oleh kawannya, tiba-tiba kawan itu menceritakan hal kawan yang lain, maka ditegur oleh cendiakawan itu: "Kamu telah lama tidak datang dan kini datang membawa tiga dosa iaitu:

  • Pertama membencikan kepadaku kawanku

  • Kau telah merisaukan fikiranku

  • Saya menuduh engkau berdusta



Semoga kita semua bertaubat dan mohom keampunan Allah...sudah2lah mencaci maki....tiba masa untuk berubah...takutlah pada Allah....

Sesungguhnya yang terbaik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu adalah dari saya sendiri.....wallahualam....