Tuesday, June 9, 2015

Akhiri penantianku...

Resah hatiku terlalunya dalam
Fikirkan kamu setiap waktuku
Tenang jiwaku bila kau di sisi
Dalam dakapanmu buatku mati

Jauh ku menunggu
Biar ketahuanmu
Di sini ku merindu
Jauh ku berharap
Kembali kau padaku
Akhiri penantianku

Tak mampunya aku bila kau tiada
Gelap hariku sepi hidupku
Lemah langkahku mendengar suaramu
Laju jantungku bila menyentuhmu

This song explained everything!!! This is how i feel...missing my beloved husband!! Miss you habibi....wahestene ya omri...


http://youtu.be/ANHemJuB5ek


Tuesday, June 2, 2015

Tasneem Hayati Ana

Salam ....

Jadi ibu ni bukan tugas yang mudah eh...nak2 bila umur dah meningkat ke 4 series hahahaha....mujur berat badan ku masih maintain 60kg maka bolehlah mengejar anak sana sini...

Tasneem Mohamed Said Abed Ell Fattah...nama di beri oleh mak mertua, actually nama dia Tasneem je yg belakang2 tu nama baba , datuk dan moyang n family...kita panggil Tasneem Mohamed Said je..tu pun dah kira panjang dah.

Insyallah bulan 10 ni Tasneem sambut besday yg ke 3...dah pandai apa? Hurrmm...belum nak bercakap lagi tapi faham apa yg org cakap, mungkin dia konpius nak cakap bahasa apa sebab mak dia cakap bahasa Inggeris, Baba dia cakap bahasa arab dan tok & nenek cakap melayu....Alhamdulilah dia faham plak tu..apa2 pun bahasa yg bakal keluar dari mulut dia aku redha laaa..tapi sejak akhir2 ni dia macam tertarik bila dgr bahasa perancis...tersenyum2 simpul bila tgk cartoon yg berbahasa perancis macam faham jee....masa dia berumur 1 tahun dia suka tgk cartoon rusia hahahahaa....hampir tiap2 hari dia suruh bukak cartoon rusia yg comey tu apa ke nama ek tak ingat tapi mmg seronoklah dia tgk sampai terjerit2 kesukaan alahai hubby and aku risau plak takut dia bercakap dlm bahasa rusia siapa lah yg faham dlm rumah nih hahahahaa....

Ramai jugak yg tanya dah boleh cakap ke anak mu nih? Aku jawab lah selagi terdaya belum lagi pandai bercakap .... Ramai yg menunggu bahasa apa yg keluar dari mulut Tasneem ....aku cakap bahasa melayu laaaa!! 


Monday, June 1, 2015

Assalamualaikum....

Lamanya tak menulis!! Last post 2012!! Masyallah!!! Jari jemari agak kaku sedikit tapi banyaknyeeeeerrr benda nak cerita!!! 😬😬 

Alhamdulilah .... Life is good!!! Soooo good!!! Syukur sangat2 dengan kehidupan selepas berumahtangga dan mempunyai cahaya mata!!! Yup!!! Sorang je tak terfikir nak tambah satu lagi...cukuplah yg satu ni pun tak terkejar kita dibuatnya terlalu aktif uols!!! 💆

Well, for a start kita citer yg ringkas2 je la ye...nanti along the way ku catching up stori mori yg terlepas....eh ada ke yg nak tau coretan hidup ku? 😂😂

Tak kisahlah ada nak baca atau tidak hehehehe.."aiman tak kisah!!"