Sunday, February 10, 2008

Ketentuan

Hari ini aku dikejutkan dengan berita kematian sahabat lama ku...Actually ex bf aku masa sekolah dulu.. cousin aku dari Taiping call and beritau aku yang exbf aku ni mati di tembak.Ceritanya penembak tu nak tembak orang lain tetapi tertembak arwah... ni kes salah orang la ni... Dah ajal dia sebenarnya sebab itu laa arwah berada di tempat kejadian itu.

Dah dekat 10 tahun kita tak berhubung...padahal masing2 ada phn number masing2. Mungkin arwah ikut kehendak aku supaya kita tak berhubung selepas beliau melangsungkan tali pertunangan.

Mengimbas kembali memori bersama arwah waktu sekolah dulu, beliau di Taiping aku di Johor Bahru...tiap2 minggu berutus surat, nak call phn mahal...hehehehe...surat je laa jadi alat penghubung...arwah amat romantik...ada saja lagu yg beliau kirimkan...tiap2 surat ada saja lirik lagu dari beliau...

Antara lagu yang aku tak boleh lupa adalah.... lagu i'm always dreaming of you - tommy page and sally yeh..... bila dgr lagu ni aku teringat kat arwah...memang betul pun he's the one who noticing me first!!! heheheee....

Aku masih ingat lagi sewaktu aku mula menjejakkan kaki ke KL and aku britau dia yang aku ke KL semata2 nak berada dekat dengan dia tapi dia macam tak suka aku keje kat KL...arwah ambil masa seminggu untuk beritau aku yang dia dah bertunang!!! Masa tu memang remuk hati aku...i was 20 and i feel such a fool..nak buat mcm mana aku dah pun berada di KL nak tak nak aku gagahkan diri aku utk terus berada di KL dan capai cita2 aku walaupun aku rasa separuh nyawa aku tak berada di jasad....

Satu hari arwah datang ke pejabat aku...dan beliau menangis lalu minta maaf pada aku dan beliau mengaku kesilapan beliau kerana tidak berterus terang pada aku selama ni..Arwah betul2 risau kan aku kerana aku berada di kota yang penuh dengan tipu daya....Aku terus gelakkan dia... aku kata...yup!!! Aku dah pun kene tipu....so apa nak herankan... terdiam terus arwah!!

Well, after that aku terus diamkan diri ...konsentrate dgn keje aku .... sampai satu hari aku dapat kad jemputan perkahwinan arwah... aku tak pergi kerana itu adalah permintaan pakcik aku ..dia tak mau tgk aku terluka lagi...Aku cuma hantar hadiah kat opis dia ... aku ingat lagi aku hantar sekeping kad and sebuah kaset....ada lagu2 putus cinta!! hahahahaa... bodoh laa kalau aku ingat2 balik masa tuu... hehehehehee... Aku tak berapa ingat lagu apa yang aku hantar kat dia..

Kenangan bersama Arwah memang indah...beliau adalah antara cinta monyet aku masa sekolah.... hehehhee...byk betul monyet aku kat sekolah hahahahaha....

The last time kita jumpa in 1997, he came to my show and told me that he's happily married and the only thing that he missed about me is my laugh!! Oh...so sweet!! sejak malam tu kita dah tak jumpa sampai laa aku dapat berita kematian arwah.....

Tahun ni je dah 3 orang kawan aku pergi mengadap Ilahi...semoga roh arwah di tempatkan di kalangan orang yang beriman, Semoga Allah ampunkan dosa-dosa mereka....semoga Allah lapangkan kubur mereka, semoga Allah jauhkan mereka dari siksa kubur...semoga Allah terangkan kubur mereka...Al-Fatihah....