Alahamdulilah dah hampir 3 minggu jadi producer untuk Breakfast@Suria... betul2 mencabar diri ku..sepanjang terlibat dalam dunia penyiaran inilah tugas paling berat untuk aku pikul tapi aku suka segala cabaran kerana aku boleh tau sejauh mana kemampuan aku...
Bekerja dengan Zizi dan Zhana tidak ada masalah ada aku...diorg memang "kepala gila" macam aku gak!!! bagus laaa sama2 'gila'!! Ada aja perkara yang kita nak buat bergurau dan tentunya Zhana akan jadi bahan usikan kitaorg....bukan membuli tapi Zhana bagaikan adik kecil yang mau belajar dan sedang menerokai dunia penyiaran daripada kakak dan abang dia yang tentunya mengunakan pengalaman yang ada bagi melayari segment Breakfast@Suria!!
Setiap hari seawal 5 pagi aku sudah celik mata..... 530pg Zizi dah tunggu aku di bawah apt aku...ini kerana kita adalah jiran tetangga heheheehe....ala Zizi duduk sebelah apt aku jer.. so aku pun tumpang sekaki laaa kalau ada kereta aku akan drive sendiri...
Sampai studio pukul 545pg...standby apa yang patut show prep dah buat dan discusss semalam so tak de problem laa ..... 6pg semua dah bersedia untuk take off!!!! che wah mcm naik flight eehh..... iya la kata ke udara kan?
Lepas show kita buat postmortem dan discuss tentang besok nyer show....then kul 12 tghhari breakfast crew dah blh balik rumah.... memang kc suruh kitaorg balik awal kerana kita dah bgn awal setiap hari so kita perlukan rest yang secukupnya.....
Alhamdulilah...Aku bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan...Setiap hari aku berdoa agar Allah akan terus memberkati hidup ku ini..amin....