Saturday, May 31, 2008

Peringatan

Assalamualaikum,

Ada beberapa ayat2 yang aku terbaca dan ingin aku kongsikan bersama2 dengan korang semua..

1- " Seseorang yang suka menjatuhkan serta mempersendakan kebolehan orang lain itu mencerminkan kebodohan serta kebatilan diri nya sendiri. Sesaorang yang berilmu sifat nya adalah menerima bukan menolak atau menempelak kebolehan orang lain, kerana semua Ilmu itu adalah benar belaka jika sesaorang itu benar-benar mengkaji nya hingga ke akar umbi, BUKAN mengkeji, cuba lah di kaji.... Jatuh menjatuh kan sesama adalah sifat IBLIS...dan jalan ASAS merosak kan Masyarakat, Keturunan serta Bangsa nya sendiri."

2. Menghina salah satu dari ajaran Al Qur’an atau al Sunnah, mempersendakan orang-orang alim atau orang-orang yang memperjuangkan Islam atau memperolok hukum-hukum Allah

Firman Allah:

Maksudnya :Orang-orang munafik ini takut akan diturunkan terhadap mereka sesuatu surah yang menerangkan apa yang tersembunyi dalam hati mereka. Katakanlah kepada mereka, teruskanlah ejekan-ejekan (terhadap Allah dan RasulNya). Sesungguhnya Allah akan menyatakan apa yang kamu takutkan itu. Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentulah mereka akan menjawab; Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main sahaja. Katakanlah ; Apakah dengan Allah, ayat-ayatNya dan RasulNya kamu selalu berolok-olok ? Tidak usah kamu minta maaf, kerana kamu kafir setelah beriman. Jika Kami memaafkan segolongan daripada kamu (lantaran mereka bertaubat) nescaya Kami akan mengazab golongan (yang lain) disebabkan mereka adalah orang-orang yang selalu berbuat dosa.”

(At-Taubat: 64-66)


3
Di dalam satu kaedah ada menyatakan : Sesiapa yang mengkafirkan seseorang mukmin, maka ia kafir. Sebaliknya orang yang tidak mengkafirkan orang kafir, ia menjadi kafir. Begitu juga ia ragu terhadap kekafiran seorang kafir atau seorang mukmin yang telah murtad ia juga dikira kafir.

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :

Janganlah berlaku sesudahku nanti kekafiran yang memukul sebahagian dari kamu terhadap sebahagian yang lain.”

(Al-Bukhari & Muslim)

Friday, May 30, 2008

Nota untuk seorang sahabat...

Assalamualaikum,

Apa khabar? Lama jugak aku tak tulis blog eehh...sengaja aku tak tulis blog kerana aku tak nak tulis dengan perasaan yang marah...syaitan boleh menyucuk bila2 jer...sedangkan aku tulis tempohari yang pasal BINATANG pun ada orang salah faham...haii... ada aku sebut nama ke?

Aku cerita pasal perempuan giler yang pernah memporak peranda kan hidup aku tak lama dulu...dan sekali lagi perempuan gile tu menabur fitnah pasal aku..lalu terjadilah kes salah faham. Aku bersyukur Allah telah tunjukkan siapa kawan2 aku sebenarnya....Alhamdulilah...

Sebenarnya aku dah tak tau nak cakap apa lagi dengan perempuan gile tu...dah laa aku tak jumpa dia lagi....tapi dia masih lagi bercerita tentang aku...kenapa ntah? dah bagus2 dok tercampak kat hujung negeri tu dan tempat jin bertendang tu masih lagi nak bercerita tentang aku...ada pulak yang tukang sampai kan tuu....Alhamdulilah..

Yang kat sini plak tiba2 dok sentap tak tentu pasal...abis semua cerita aku dia canang...apa masalah dia ehh? Aku tak cerita apa2 pun pasal dia..aku tak kacau pun keje dia..tapi kenapa dia buat mcm tu kat aku? wal hal aku dah keje pagi aku dah malas nak bercakap....kepala dah byk benda nak fikir mcm mana nak naikan show aku...dan aku kena jawap mcm2 dgn bos...lepas tu kene siapkan seminggu nyer keje dan kena fikir utk keje2 akan datang...dan kene jawap komen2 orang pasal show aku...mcm2 laaa.....

Yang aku pelik aku tak sebut nama pun dalam blog aku...tapi kenapa plak dia nak sebut nama aku? mcm2 dia tulis tapi aku tak baca abis...sbb hati aku hancur sgt dgn tulisan dia....sampai hati dia blh cerita mcm tu kat org...Astaghfirullahhalaziimmm....Apa salah aku kat kau? Ada aku fitnah kau? Ada aku kacau laki kau ke? ada aku tutup pintu rezeki kau? Aku ingat kau ni kawan rapat aku...bukan mcm pompan giler tu....tapi kau pun sama jugakk.....aku tak sangka busuknye hati kau eh.... sanggup kau menjaja cerita aku....namun aku tak akan menjaja cerita kau....sbb aku tak akan MENGAIBKAN kawan aku sendiri...

Setahu aku semua cerita aku hanya cerita kat kau sorang tapi sayang bila kau dah marah tak tentu pasal kau sanggup mengaibkan aku....kau persendakan amal ibadah aku...kau tau ke apa hukumnya tu?

Memang aku ada cakap pasal org sama macam orang lain tapi aku bukan si penyampai cerita...aku simpan rahsia perbualan kita....hanya ko sorang je yang aku percaya tapi sayang rupanya kau mmg tak blh simpan rahsia...hati aku mmg hancur sgt2...

Aku tahu ramai yang dtg dan cuba nak menyampaikan cerita2 yg diorg dgr tapi aku sengaja tak nak dgr cerita2 tu...

so sekarang ni aku lebih suka mendiamkan diri...tak de apa yg aku nak cakap lagi....biarlah kau terus mengaibkan aku...biarlah kau bercerita pada seluruh dunia sekali pun org2 ini kan kembali bertanya pada aku...benarkah apa yg diorg dengar? aku cuma senyum je...pada aku Allah telah menjadi saksi kita berdua....apa yg kita ceritakan apa yg telah kita cakapkan...so terpulanglah pada kau nak menyampaikan pada org lain dan terpulanglah pada engkau nak memecahbelahkan org lain...tapi hati2 bila kau bercakap pasal agama...siapa kau nak mempertikaikan ibadah aku? siapa kau nak mempersendakan ibadah ku? ini antara aku dan Allah...

Sahabat ku,

Aku maafkan kau ...aku halalkan makan minum kau dan aku minta maaf sekiranya aku ada menyinggungkan perasaan kau..terserahlah pada engkau untuk maafkan aku ke tak....aku harap kau akan terus sukses dalam apa jua yang kau lakukan..dan semoga ada jodoh dan hidup bahagia di samping orang tersayang..... amin....

Thursday, May 22, 2008

Duri Dalam Daging.. (sigh)

Assalamualaikum....

~ ALLAH did not promise that life would be easy,but HE did promise to go with us..every step of our life,with HIM by our side ~

Memang pedih dikhianati oleh kawan sendiri!!Apatah lagi,kawan yang kita anggap boleh berkongsi segalanya,makan sepinggan,tidur sebantal.Memang sedih,tapi ni bukan lapis yang paling akhir..
Tapi kita harus bersyukur,tuhan telah membuka pintu kebenaran...

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu. Dan boleh jadi kamu mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah Maha mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui...
hmmm,mengapa pahit akan disebut dahulu sebelum manis?Adakah kerana pahit itu indah? Atau mungkinkah pahit itulah yang akan mendewasakan kita???

alhamdulillah...keraNA Allah turut memberi peluang pd aku untuk merasai pengalaman seperti itu....ditikam dr belakang...gunting dalam lipatan..talam 2 muka..dan sebagainye...sungguh beruntunglah mereka yg diuji kerana ini akan membuatknnye lebih berhati-hati...

Sungguh Allah itu lebeh mengetahui akan kekentalan jiwa hambanya...sekaligus ujian2 seperti ini,membantu dlm meningkatkan keimanan dan ketaqwaan pd Allah..sabar je lah...kerna setiap perkara yg berlaku itu pasti ada hikmahnya....

Namun apa yg boleh aku lakukan adalah...letakkan semua pergantungan dengan ALLAH dan yakinlah bahawa ALLAH tidak akan menguji umatnya dengan sesuatu ujian andai umatnya itu tak mampu untuk melaluinya...lagi satu ujian ini adalah menunjukkan ALLAH masih ingat dan sayang kepada kita ..sebab itu turunnya ujian seperti in. Oleh itu yakinlah bahawa setiap kesedihan yang kita alami pasti ada terselit kebahagiaan yg tak ternilai...

"kadang2 ALLAH jarakkan sesuatu hubungan ,
kemudian dia datangkan pula dgn dugaan..
puas kita menangis mencari mana satu teman sejati kita,
rupa2nya ALLAH nak hadiahkan kita kerinduan yg berpanjangan...





Friday, May 16, 2008

Suara oh suara!!

Salam......

Semalam aku mc hammer laa...sakit tekak ya amat.....lepas tu suara aku bertukar mcm suara pondan tua...aiyyooooo...siksa nyer jiwa...huksss...hukss.....

Nothing interesting semalam...aku bawak mak aku pergi ke rumah maksik aku di Bdr Kinrara...dia nak pergi Umrah this weekend!!!Alhamdulilah... Wwuuaaa....sedih laa plakk....tiap2 kali lepas solat aku berdoa agar Allah menjemput aku ke Tanah Haram Mekah....aku rindu sangat2 nak ke Makan Nabi.... Aku rindu nak panjat Jabal Rahmah dan berdoa untuk jodoh aku...aku rindu suasana ketika berada di ke dua2 Tanah Haram...Madinah dan Mekah...Ya Allah....kau kabulkanlah doa ku ini....amin...

Kalau ikutkan hati tiap kali aku dengar orang nak ke Umrah aku akan rasa sebak!!! Rindu aku pada Baitullah amat mendalam....Ya Allah......kabulkanlah doa2 ku YA Allah!!!

Kali ni kalau ada rezeki insyallah....aku akan pergi dgn bestfriend aku Tanty....aku terharu dengan niat suci dan sungguh2 Tanty untuk menjejakkan kaki ke Tanah Haram tu...insyallah beb!! kalau dah sampai seru Allah akan membuka pintu ke Rumah Nya....amin...

Oklahh hari ni plakk....Hari Guru!!! KAk V dan Zhana on air...aku kene monitor abis...hehehhee...Chichi plakk kurang sihat hari ni...kene cirit birit....balik ni sah2 aku kene naik LRT....hhhmmmm...

Malam ni aku ada Mother's day dinner wif the whole family dan aku akan duk puchong sampai hari Ahad tak kuasa nak dok rumah sensorang....

Oklah aku ada keje sket and nanti kita sambung eehh....ciao bedah!!!

Wednesday, May 14, 2008

Minggu Hari Guru....

Assalamualaikum......

Selamat sejahtera cikgu!!!

Hai..teringat masa aku jadi Cikgu Koko ( nama glamer untuk cikgu kokurikulum) di Xfresh fm. Sampai sekarang ada lagi orang panggil aku cikgu Koko J....hahahaa Koko Julia laaa... rindu plaakkk pada CIkgu Disiplin Adi.. wwuaaaaa...

Well, minggu ni di Breakfast@Suria kita dalam Hari Guru mood... topic2 semua byk kaitan dgn Guru laa.... contoh... Apa nama cikgu Disiplin anda? aku teringat masa di sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Angkatan Tentera cikgu Disiplin aku adalah Cikgu Rahim Jantan...mmg garang giler cikgu tuuu.... tapi dia sebenarnya cool jer....yang buat aku tak blh lupa tentang cikgu Rahim ni... asal terserempak dengan dia aku nak tergelak...hahahhahaaa....bukan nak nangis tapi nak tergelak....sebab muka dia macam pelakon Benjamin S...Bila naik sekolah menengah cikgu disiplin aku adalah Mr RAjan!!!!Oh Gosh!!! aku memang berbulu dengan Mr Rajan ni....nak marah orang tak tentu pasal..hehehehee...dah nama pun cikgu Disiplin kan....

Semalam plakk topik pasal Langgar peraturan sekolah...yg ni memang best sgt....Masa tu aku darjah 6 Cemerlang dan bdk2 dalam kelas aku ni memang nakal laa..kalau masa BM 2 waktu cikgu BM akan bawak kitaorg ke library....aku dan kawan2 aku Nurwallis, Reizan, Yusuf, Vinod, Yanti, Haikal and Anuar hakim akan merebut masuk ke bilik audio....masa tu bilik audio memang bilik yang paling HOT sekali....kita boleh baca buku sambil mendgr audio...tapi kitorg bukan nyer buat mcm tuu....Alice (Nurwallis) akan bekalkan kaset Madonna, Tears for Fears and Spandau Ballet utk kita dgr dalam bilik audio hahhaa...tangan pegang buku tapi telinga dengar lagu hahahaahaa....memang best laaa time tuu... cikgu tak suspect langsung..lagipun kalau cikgu nak masuk Micheal Young (bdk paling nakal sekali) akan jerit...cikgu datang!!!! hahahhaaa...bagus jugak si Micheal ni.. blh jadi informer!!!! Tu jer kenangan langgar peraturan sekolah...

Hari ni topik Jatuh Hati paada cikgu!!!EEerrrrmm..... so far tak de pulak cikgu yang aku jatuh hati sbb masa sekolah aku sibuk dengan bf aku tak de masa nak jatuh hati pada guru......hahahhahhaaa...

oklaa aku nak sambung buat skrip for Che Pat Korner ni.... jap lagi Kak V sampai...nanti kita sambung ehh....ciao bedah!!!

Friday, May 9, 2008

Thank God its Friday!!! yay!!!

Hari ni macam biasa pukul 5:55am aku dah terconggok kat office..hehehhee..katanya KC nak on air dgn Chichi (panggilan manjee Zizi!! Wueekk!!) biar betik? dari semalam aku mmg ada doubt pun sah2 KC susah nak bangun pagi...ahahahaa..memang betul pun bila Chichi sampai...tgk2 KC tak sampai2 lagi...kul 6 suku baru KC called bilang dia akan sampai dalam masa 10-15min? iyoo laa.... sekali 6:45 baru sampai!!!..boss kan? nak marah? hehehhee...suka hati laaa..

Diorg on air mmg kecoh...tiba2 kak V menjerit bila aku bilang KC pun on air jugak!!!ahahahaha..mengelabah Kak V!!! aiyyoo...aiyyooo...aarrrggh...tu laa jeritan Kak V pagi2 hahahaa...aku ketawakan je..huahauahahahhaaaa...mmg pagi ni nyer show akan gempak gileer...

Well, show when smoothly hehehee..dgn gelak ketawa KC dan Chichi yang tak blh nak cover2...dan gelak KAk V yang menghairahkan...aauuww!!!! tak kuasa mak!!!AKu kat luar mcm biasa amik order breakfast diorg....hah!!! korang jgn tak tau..ni pun termasuk sekali dalam job scope producer tau!!! mattiiilaaaaahhh..

WArung Zek kat bawah office aku tu tiap2 pagi dia akan hantar breakfast!!!Apa ingat Mc D jer ada delivery breakfast? SUria pun ada ok!!! hahhahaha..

Lepas diorg ni on air si Yanie Universal pun datang..sempat laaa berkongsi2 gossip!!ahaks!!! then tiba2 EE mengelabah pasal Shanaz tak datang hari ni....hahahahahaaaaaakuuuuu jugakk jadi mangsa...EE siap baca YM and Facebook chat aku!!! amboii!!! tak percaya ke? bf si Shanaz bilang dia pun tak tau mcm mana nak kontek si Shanaz ni..aku pun puas la mengodeh pc Shanaz...hahhahaa..alamakk ada password plakk!!!

Aku ni mcm laa terer sgt kan...nak cracked password si Shanaz.. dengan berkat menonton filem HAckers dan THe Net..aku pun cuba laa dgn birthdate Shanaz...sbb dia pernah cakap dgn aku password dia adalah date besday dia...tapi hampehhh!!!!

last2 aku give up....pandai2 laa kc dan EE cari jalan mcm mana nak kontek si CIk pora Spora ni...hahahahaha...aku layan skrip Denai Alam yang last minutes ni..dan juga SMS dari Ehem!!!

ternampak DJ lin tengah buat housekeeping cd cabinet dia...apa lagi aku pun sibuk2 laaa ingat nak amik sket2 tapi...sampai satu kotak aku angkut!!! hamikk kauuu!!!! haahahahaaaa...

kul 2 aku lunch dgn Yanie and ehem2 dia.... mcm2 citer pasal masalah dalam industri ni...tapi tak citer pasal pompan giler tu eehh..pls!!!! she's not worth for us to talk about!!!

Then aku balik rumah sambil layan CD Arias...thanks DJ Lin bagi kat aku....sepanjang jalan...fuullaaammaakkk macam tgk opera...sedap sungguh...tiba2 aku tgk kereta adik aku ni kotor dua macam.... so aku pun hantar laa pergi car wash...sampai tersengguk2 aku kat sana tahan ngantukss....alaahhaaaiii...lemah gemalai nyer ko ni cuci kereta....rasa mcm nak tolong cuci kan jer.....

Sampai rumah....terus mandi and mengadap laptop and taip blog sampai laa takat ni...ok laa aku nak take a nap....tapi naper si ehem2 ni tak sms? heehehehehee..ntah2 dia pun tido gakk kot? ok la...nanti lepas aku bgn dari tido insyallah...aku akan sambung eehh....ciao Bedah!!

Wednesday, May 7, 2008

Selimut hati...

Aku ...kan menjadi embun pagi mu...kan menyejukkan jiwa mu dan kan membersih hati mu yang layu....aku bisa utk menjadi apa yg kau minta...untuk menjadi apa yang kau impikan...tapi ku tak bisa menjadi diri nya....

i love this song....i always pray for the best in my life...YA Allah ...jika benar ini jodoh ku ...aku terima..amin...

I know something good is coming...but i'm too scared to admit it....i don't put too much hope for this...but i know He knows what the best for me...Ya Allah please help me!!

At these moment there's an heavy things in my heart...i guess arwah knew that i'm happy again..and its kinda heartbreaking to let go this feeling..its about time i have to let it go and let new love into my life..

its sad but i have to..but i will never stop praying for him to have a better place beside Allah..amin...

I miss u dear and i'm sorry......

Tuesday, May 6, 2008

Busy nyeeerrrrr!!!

What a week!!! PEning kepala nak kene perah otak..kerja menimbun tapi tak tau nak buat apa dulu..tapi dalam masa sibuk2 ni ada berita gumbira gakk...but too early nak cakap hehhhehee...biarlah rahsia dulu...but its gonna be a very GOOD news tau!!!

Meeting dgn EE and the rest of the DJ's...what i can say is its really well said by EE...at least semua orang boleh faham apa yg programming fikir selama ni.... tak semua orang faham dengan apa yang kita nak..i'm not good in explaining but at least EE dah cakap on our behalf...thanks bos!!!

What i can say right now is...not to be so ambitious about what we are doing right now...we should look into ourselves and correct ourselves than only we can be better than the rest...

Lately, hati ni selalu berkata2 adakah aku akan melalui saat2 yg diimpikan oleh setiap insan? Tiap kali lepas solat selalu aku panjatkan segala doa untuk memohon kepada Nya agar berikan daku segala kekuatan dan kebahagiaan...amin..

Ayah ku dah semakin uzur...aku tau apa yg dia tunggu...sabar ayah...masanya akan tiba insyallah..harapan ibu semakin tinggi till its hurts.....poor ibu..insyallah ibu...i'll never let u down..

Segala yang berlaku nanti akan aku terima dengan redha...