Friday, May 30, 2008

Nota untuk seorang sahabat...

Assalamualaikum,

Apa khabar? Lama jugak aku tak tulis blog eehh...sengaja aku tak tulis blog kerana aku tak nak tulis dengan perasaan yang marah...syaitan boleh menyucuk bila2 jer...sedangkan aku tulis tempohari yang pasal BINATANG pun ada orang salah faham...haii... ada aku sebut nama ke?

Aku cerita pasal perempuan giler yang pernah memporak peranda kan hidup aku tak lama dulu...dan sekali lagi perempuan gile tu menabur fitnah pasal aku..lalu terjadilah kes salah faham. Aku bersyukur Allah telah tunjukkan siapa kawan2 aku sebenarnya....Alhamdulilah...

Sebenarnya aku dah tak tau nak cakap apa lagi dengan perempuan gile tu...dah laa aku tak jumpa dia lagi....tapi dia masih lagi bercerita tentang aku...kenapa ntah? dah bagus2 dok tercampak kat hujung negeri tu dan tempat jin bertendang tu masih lagi nak bercerita tentang aku...ada pulak yang tukang sampai kan tuu....Alhamdulilah..

Yang kat sini plak tiba2 dok sentap tak tentu pasal...abis semua cerita aku dia canang...apa masalah dia ehh? Aku tak cerita apa2 pun pasal dia..aku tak kacau pun keje dia..tapi kenapa dia buat mcm tu kat aku? wal hal aku dah keje pagi aku dah malas nak bercakap....kepala dah byk benda nak fikir mcm mana nak naikan show aku...dan aku kena jawap mcm2 dgn bos...lepas tu kene siapkan seminggu nyer keje dan kena fikir utk keje2 akan datang...dan kene jawap komen2 orang pasal show aku...mcm2 laaa.....

Yang aku pelik aku tak sebut nama pun dalam blog aku...tapi kenapa plak dia nak sebut nama aku? mcm2 dia tulis tapi aku tak baca abis...sbb hati aku hancur sgt dgn tulisan dia....sampai hati dia blh cerita mcm tu kat org...Astaghfirullahhalaziimmm....Apa salah aku kat kau? Ada aku fitnah kau? Ada aku kacau laki kau ke? ada aku tutup pintu rezeki kau? Aku ingat kau ni kawan rapat aku...bukan mcm pompan giler tu....tapi kau pun sama jugakk.....aku tak sangka busuknye hati kau eh.... sanggup kau menjaja cerita aku....namun aku tak akan menjaja cerita kau....sbb aku tak akan MENGAIBKAN kawan aku sendiri...

Setahu aku semua cerita aku hanya cerita kat kau sorang tapi sayang bila kau dah marah tak tentu pasal kau sanggup mengaibkan aku....kau persendakan amal ibadah aku...kau tau ke apa hukumnya tu?

Memang aku ada cakap pasal org sama macam orang lain tapi aku bukan si penyampai cerita...aku simpan rahsia perbualan kita....hanya ko sorang je yang aku percaya tapi sayang rupanya kau mmg tak blh simpan rahsia...hati aku mmg hancur sgt2...

Aku tahu ramai yang dtg dan cuba nak menyampaikan cerita2 yg diorg dgr tapi aku sengaja tak nak dgr cerita2 tu...

so sekarang ni aku lebih suka mendiamkan diri...tak de apa yg aku nak cakap lagi....biarlah kau terus mengaibkan aku...biarlah kau bercerita pada seluruh dunia sekali pun org2 ini kan kembali bertanya pada aku...benarkah apa yg diorg dengar? aku cuma senyum je...pada aku Allah telah menjadi saksi kita berdua....apa yg kita ceritakan apa yg telah kita cakapkan...so terpulanglah pada kau nak menyampaikan pada org lain dan terpulanglah pada engkau nak memecahbelahkan org lain...tapi hati2 bila kau bercakap pasal agama...siapa kau nak mempertikaikan ibadah aku? siapa kau nak mempersendakan ibadah ku? ini antara aku dan Allah...

Sahabat ku,

Aku maafkan kau ...aku halalkan makan minum kau dan aku minta maaf sekiranya aku ada menyinggungkan perasaan kau..terserahlah pada engkau untuk maafkan aku ke tak....aku harap kau akan terus sukses dalam apa jua yang kau lakukan..dan semoga ada jodoh dan hidup bahagia di samping orang tersayang..... amin....