Ada beberapa ayat2 yang aku terbaca dan ingin aku kongsikan bersama2 dengan korang semua..
1- " Seseorang yang suka menjatuhkan serta mempersendakan kebolehan orang lain itu mencerminkan kebodohan serta kebatilan diri nya sendiri. Sesaorang yang berilmu sifat nya adalah menerima bukan menolak atau menempelak kebolehan orang lain, kerana semua Ilmu itu adalah benar belaka jika sesaorang itu benar-benar mengkaji nya hingga ke akar umbi, BUKAN mengkeji, cuba lah di kaji.... Jatuh menjatuh kan sesama adalah sifat IBLIS...dan jalan ASAS merosak kan Masyarakat, Keturunan serta Bangsa nya sendiri."
2. Menghina salah satu dari ajaran Al Qur’an atau al Sunnah, mempersendakan orang-orang alim atau orang-orang yang memperjuangkan Islam atau memperolok hukum-hukum Allah
Firman Allah:
Maksudnya : “Orang-orang munafik ini takut akan diturunkan terhadap mereka sesuatu surah yang menerangkan apa yang tersembunyi dalam hati mereka. Katakanlah kepada mereka, teruskanlah ejekan-ejekan (terhadap Allah dan RasulNya). Sesungguhnya Allah akan menyatakan apa yang kamu takutkan itu. Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentulah mereka akan menjawab; Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main sahaja. Katakanlah ; Apakah dengan Allah, ayat-ayatNya dan RasulNya kamu selalu berolok-olok ? Tidak usah kamu minta maaf, kerana kamu kafir setelah beriman. Jika Kami memaafkan segolongan daripada kamu (lantaran mereka bertaubat) nescaya Kami akan mengazab golongan (yang lain) disebabkan mereka adalah orang-orang yang selalu berbuat dosa.”
(At-Taubat: 64-66)
3 Di dalam satu kaedah ada menyatakan : Sesiapa yang mengkafirkan seseorang mukmin, maka ia kafir. Sebaliknya orang yang tidak mengkafirkan orang kafir, ia menjadi kafir. Begitu juga ia ragu terhadap kekafiran seorang kafir atau seorang mukmin yang telah murtad ia juga dikira kafir.
Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :
Janganlah berlaku sesudahku nanti kekafiran yang memukul sebahagian dari kamu terhadap sebahagian yang lain.”
(Al-Bukhari & Muslim)