Wednesday, July 30, 2008

Boss!! Boss!!! Boss!!

Assalamualaikum,

Hola!! Betapa happy nyer aku gi keje minggu ni...hari2 aku penuh dengan bunga2 cinta ....cinta kan keje!! yup!! aku dah mula ada semangat nak keje pasal ....... korang pun tau kan... ahaks!!! kalau tak tau korang bacalah blog aku yg lepas2 eh..

Hari ni aku nak citer pasal BOSS!! Orang yang paling penting dalam OPIS!!! kalau korang 'screw up' dgn BOSS korang..aku nasihatkan baik korang berhenti keje je laa..Ahaks!!!

1- Ok pengalaman pertama aku bekerja dan mengenali insan yang dipanggil BOSS adalah masa umur aku 20 tahun ... waktu tu aku keje di Kwong Yik Bank (skrg RHB), aku masa tu kerani biasa je...Boss aku nama dia En Majid (bukan nama sebenar...ahaks poyo laaa...nak jugakk) mesti laa letak nama samaran kalau tak mati la aku kene saman!! ahahahaha....ok..ok... En Majid ni selalu tak de kat ofis pasal dia selalu gi main golf..kata seksiteri dia...so En MAjid ni ada ke tak de kat office mmg tak de effect pun ...ahahahaha...matii laahh....

Anyway, En Majid ni dia kalau nampak long que kat bank dia akan eksen berdiri kat luar pintu office and cekak pinggang so that orang2 kat luar tu tau laa yg berdiri cekak pinggang tu BOSS!!! ahaksss!!! bila aku nampak ramai org beratur kat counter...aku pun cepat2 countdown untuk En Majid step out and pose maut kat depan ofis dia.... aku ingat aku sorang je yang perasan...rupanya staff2 yang lain pun tau gakk..hahahahaa...so bila org ramai kat dlm bank teller2 aku semua gelak2 and senyum2..pelanggan ingat kita ni mesra pelangganlaa gamaknyer....tapi sebenarnya tak larat nak gelakkan boss!!! ahahahaha....


2- So pengalaman keje no 2 adalah di Kerry's di Plaza pelangi JB...aku jadi promoter kat GQ...men's department you!!! hehehehe...i like!!!satu hari ada sekor mamat ni dtg nak beli baju ...punya lah cerewet nak mams...tapi aku layan je pasal supervisor aku bilang customer always right!! ahaha..masa tu aku mmg giler keje laa...tak kisah laa dgn org yang cerewet ni..so aku pun layan laa karenah mamat ni... pilih nyer pilih last2 sehelai baju je dia beli....mangkuk tepen betul laa...so masa aku tgh sediakan cash bill aku tanya dia yg kita ada promotions setiap belian kita ada bagi satu kotak 'brief' percuma...dia mcm tersentap bila aku tanya dia nak saiz apa? hahahahaa.... mmg laa aku tak berniat nak tau apa saiz dia tapi dah 'brief' tu ada saiz kan..hahahhaaa.. dia pun terkulat2 nak jawap laa...last2 dia kata dia nak saiz L... aku terkejut laa pasal tak percaya saiz L yang dia mintak...hahahaha..Aku tanya dia are you sure L saiz? dia pun macam sentap dgn aku.. and mati2 dia kata dia saiz L!!! hahahaha...matiiillaaah..aku pun bagi laa coz malas nak argue saiz seluar dalam orang!!!So nak jadikan cerita besok nye supervisor aku panggil aku...dia tanya semalam ada tak aku gaduh denga customer tentang saiz seluar dalam? Aku gelak laaa...mmg laa ada mamat poyo yang bersaiz M berangan nak pakai saiz L.... Supervisor aku pun gelak jugakk tapi dia kata mamat yang poyo tuu lah boss aku!!!! hahahahahahaa...and boss aku masih sentap dgn aku and suruh aku cari keje lain...hahahaha...aku diberhentikan keje kerana argue saiz seluar dalam dgn boss aku!!!! bodoh betul!!!ahahahahahahahhaaaaaa...


3- Pengalaman ke 3 sewaktu aku keje kat Tanjung Puteri Golf Resort sebagai Golf Registration Clerk... keje mmg best giler ..hari2 paksik2 jepun and korea belanja breakfast!! tapi Boss aku lady boss daaa....nama dia Mrs Yap (mungkin bukan nama sebenar jugakk nii) dia ni volume dia mmg laaa sekuat alam...cakap dekat sekaki pun dia blh jerit2...aku rasa mcm nak sumbat je dgn bola golf bila bercakap dgn dia...sakit telinga tau!!

Satu hari Mrs Yap ni sakit tekak...so suara pun mcm donald duck!!! Bdk2 office punya laa gelak tak ingat alam bila dgr dia bercakap....dah sakit tekak tu nak jerit2 jugak laa ....korang bayangkan laa mcm manalah kita tak gelak suara mcm donald duck!!! sungguh!!! hahahahhaa...nak dijadikan cerita...Mrs Yap panggil aku masuk bilik dia coz dia nak tanya pasal sales hari tu laa....bila dia bukak mulut je aku dah tak tahan dah tapi aku tahan je...masa aku explain kat dia tentang sales aku hari tu..tiba2 ada member aku kat bilik sebelah buat bising and Mrs Yap pun menjerit suruh diam coz mengganggu perbualan kita org...masa dia jerit2 tu aku dah tak tahan nak gelak.....tapi mmg aku ni kaki gelak so terburai laa aku ketawa tak hinggat kat depan Mrs Yap kerana aku terbayang donald duck terjerit2 kat depan aku....hahahahahaa.... lalu Mrs Yap pun tersentap and halau aku keluar dari ofis dia and jerit.. "GEt out!!!' 'i don't want to see u again'..... Aku pun keluar dgn ketawa terbahak2..... hahahhahaahaha....bodoh laaa...pasal aku gelakkan dia pun dia nak terminate aku!!!!pooyyooo betul!!


Actually ada banyak lagi pengalam lucu dgn bos tapi aku tak larat nak cerita...hehehehe...nanti laa kalau ada masa aku cerita lagi ehh...Aku bukan nak kutuk bos2 aku laa cuma aku nak kongsi pengalaman aku je... sebenarnya dalam semua hal ni...aku yang buat silap!! iyalah masa tu darah muda manalah serius tentang keje kan... Harap bos2 aku yang baca blog aku ni tak sentap eehh...

Tuesday, July 29, 2008

Bukan kemahuan fikiran...

Assalamualaikum.....

"Sejarah cinta dan hidup ku ...penuh duri dan banyak ranjau....butuh kesabaran yang penuh untuk tetap ku berdiri....." - lagu Sepi dari Yuni Shara


Aku terpanggil dengan kisah kawan baik aku dari S'pore.....dia sedih kerana kekasih yang tercinta akan bernikah dengan jejaka pilihan keluarga.... (sigh)... Aku kira zaman serba moden arrange marriage dah tak de...tapi masih lagi dipraktikkan oleh sesetengah keluarga...yang 'konon' nyer pilihan diorg lebih baik dari pilihan anak2 diorg sendiri..oh please!!!!

Sepatutnya diorg kene bangga dengan pilihan anak2 diorg...kerana mereka bahagia dan cintakan pilihan diorg dan diorg rasa yakin dapat hidup dengan pasangan pilihan diorg sendiri..mungkin dah lama diorg kenal bf or gf diorg and dah tau buruk baik pasangan masing2...jadi kenapalah mak ayah diorg sibuk2 nak jodohkan anak2 diorg dgn menantu pilihan diorg....iissk....Been there done that!!!

Aku memang cukup jaki dgn mak bapak yang macam ni....kesian si anak...dah bertahun2 bercinta last2 kawin dgn pilihan keluarga...lepas tu kalau bahagia tak pe...tapi walau anak dan 2-3 masih lagi teringat kat kekasih lama.....

Aku cakap berdasarkan pengalaman 'ngeri' aku..5 tahun aku bercinta dgn mamat ni...tapi last2 dia kawin dgn orang lain...pasal itu adalah pilihan keluarga..kerana keluarga diorg berasal dari keluarga yang baik2...maksudnya diorg anggap keluarga aku ni keluarga yg tak baik?

Maaf cakap ehh.... jangan suka2 hati nak menghina keluarga orang...sanggup menghina sesama Islam semata2 nak kekalkan nama keluarga!! Nauzubillah....

Aku nak tanya sket..apa bezanya kita sesama Islam? Kenapa perlu ada beza taraf? Kalau mati pun kain putih juga yang kita bawak ke dalam kubur!!!Korang sembahyang pun kiblat yang sama....sujud pada Tuhan yang sama!! Puasa pun pada bulan yang sama....ikut sunnah Nabi yang sama.....Muhammad SAW... Cuba fikir apa yang berbeza?and starts to wake up people!!!kita dah makin terpesong.....just remember one thing....Di sisi Allah kita tetap sama....taqwa lah yang membezakan darjat seseorang di sisi ALLAH swt...wallahualam....

Friday, July 25, 2008

Diam tidak semestinya BODOH...

'Penyakit hati yang Allah maksudkan itu diantaranya ialah iri dengki, dendam, buruk sangka, serakah, cinta dunia, bakhil, pemarah, penakut, riya', ujub dan sombong"

Assalamualaikum,

Heyloww!!!! Apa khabar? Semoga semua sihat dan sentiasa dilindungi Allah swt....amin... Alhamdulilah...Alhamdulilah...Alhamdulilah....Allahuakbar!!! Allahuakbar!!!Allahuakbar!!!

Aku rasa bersyukur pada Allah!!kerana doa2 ku dimakbulkan!!! Aminnnnnnnnnnnnnnnnnn..ya rabbal alamin....Aku terharu .. insan hina seperti aku mendapat simpati dari Allah!!! sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang2 yang sabar!!!

Hari demi hari aku mengadu pada Mu Ya Allah... hanya pada Mu tempat ku mengadu...tempat ku meluahkan rasa sedih hati....hanya Kau yang tau betapa hancurnya hati ku...hanya Kau yang tau kesedihan hati ini....hanya Engkaulah yang merawat segala kedukaan ini..... Allah Maha Besar!! Allah Maha Besar!!!

Berkat doa2 dari ibu bapa dan keluarga tercinta...Allah pulihkan hati ku yang terluka...Allah pulihkan semangat ku untuk meneruskan kehidupan ku....

Hari aku melihat satu per satu pendengki2 itu pergi jauh dari hidup ku....itulah doa harian ku...minta Allah jauhkan golongan munafik ini daripada ku... aku tak sanggup melihat mereka membuat dosa dan menabur fitnah sana sini...

Ya Allah....Yang Maha Agung!!! aku bersyukur kerana Kau mendengar setiap doa2 ku dan doa ibubapa ku....Hanya padamu Allah Yang Agung...Yang Pengasih ...Yang Pengampun...kepada Mu ku berlindung...

Aku simpati dengan orang2 yang tak tau bersyukur, suka maki hamun orang, busuk hati dan suka mengadu domba...

Seorang manusia tidak akan ditimpa suatu musibah, kecuali karena dosanya sendiri. Sebagaimana dikatakan di dalam Al-Qur’an,

“Dan musibah apa saja yang menimpa kamu maka itu disebabkan oleh perbuatanmu sendiri.” (QS. 42:30)

Nobody's perfect kan...tapi bila dah tau buat salah cepat2 bertaubat..bila seseorang itu bertaubat atas kesilapan dia bukan aja di terima oleh rakan2 tapi aib dia terus di cerita dan di sebarkan kepada orang ramai...nauzubilah...sedangkan Allah menerima doa orang2 yang bertaubat....Bukankah dikatakan di dalam Al-Qur’an,

“Dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka itulah orang-orang yang zalim.” (QS. 49:11)

“(Dialah) Yang mengampuni dosa dan menerima taubat, Yang pedih siksanya, Yang mempunyai karunia. Tiada tuhan selain Dia dan hanya kepada-Nya-lah tempat kembali.” (QS. 40:3)

“Dan tiada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang kembali kepada Allah. Maka sembahlah Allah dengan memurnikan ibadah kepada-Nya.” (QS. 40:13-14)


Hadis-hadis Rasullullah mengenai kelebihan diam yang bermaksud : “Barangsiapa yang banyak perkataannya, niscaya banyaklah salahnya. Barangsiapa yang banyak salahnya, niscaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, niscaya neraka lebih utama baginya”(Riwayat Abu Naim)

“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam”. (Riwayat Bukhari & Muslim)

“Barangsiapa diam makan ia terlepas dari bahaya”. (Riwayat At-Tarmizi)

BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK BICARA TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KERANA KECERDIKKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK DARI ORANG BODOH YANG BANYAK BICARA.

MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH, TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG LAIN.

KALAU ORANG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YANG SEBENARNYA ORANG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.




Tuesday, July 22, 2008

Tiada dendam..aku hanya mau kau DIAM!!

Assalamualaikum,

Demam!!Demam!!Demam!! Dah 2 hari aku demam...kejap ok kejap tak...dah pergi klinik tapi demam tak kebah2....mungkin cuaca kot? ntah laaa..

Minggu ni baru je 2 hari aku dah tak larat nak keje...mungkin kerana badan tak sihat ehh...Ya Allah!!! Kau berilah kekuatan dalam diri ku ini....amin...

Hari ni Adam masuk hospital kerana jatuh kat sekolah..sib baik tak de yang patah...cuma muscle leher dia bengkak je....harap2 dia dah boleh keluar hospital esok...

Yasmin plakk hari ni nakal sungguh...dah di larang duduk atas kereta roda dia betul lagi dia buat aksi merbahaya sampai terlentang jatuh....ayah pun apa lagi amik kereta roda tu terus buang ke luar....haiyyoo....ayah aku ni memang pantang budak jatuh....nasib laa kerera roda tu tak pasal2 kena buang....ayah bilang kereta tu dah tak de baru senang hati dia...kalau tak kereta tu jadi tempat aksi merbahaya si Yasmin....dah mcm2 aksi dah...berdiri atas kereta laa, bawak kereta sambil angkat kaki laa....and dah byk kali Yasmin nyaris jatuh...kali ni mmg betul2 jatuh lantas ayah buang terus kereta tu....tak tau la apa nak cakap dgn layla nanti.....

Mulai hari ni aku tak nak komen apa2 tentang office..kerana ada makhluk keji telah manipulatekan blog aku....aku tak kutuk pasal keje tapi dia kata aku merungut pasal keje kat blog aku....inilah keje orang yang tak de keje nak buat...asyik nak mencari salah orang je...yg paling best asyik nak cari pasal dgn aku...ntah apa2 la..... aku dah diam dah bagus so....leave me alone....

Aku tengah nantikan berita gembira....insyallah...in 2 weeks time...skrg ni aku hanya perlu bersabar je....insyallah....Allah bersama orang2 yang sabar....amin...

"firman Allah yang berbunyi;

Yang bermaksud: “Jikalau kamu semua mendapatkan kebaikan, maka hal itu tidak menyelesakan hati mereka sedang jikalau kamu semua mendapat kemudaratan, maka merekapun bergembira disebabkan kemudaratan tersebut.” (Surah al-Imran: 120)"


Rasulullah s.a.w. bersabda;

Yang bermaksud: “Sesungguhnya pada nikmat Allah ta’ala itu terdapat musuh-musuh. Baginda ditanya: “Siapakah musuh-musuh itu ya Rasulullah? Baginda menjawab, Mereka ialah orang-orang yang berhasad dengki terhadap orang lain atas anugerah yang diberikan oleh Allah.”


Sabda Rasulullah s.a.w.: “Jauhilah olehmu sekalian akan sifat dengki, kerana sesungguhnya dengki itu menghapuskan kebaikan, sebagaimana api menghanguskan kayu bakar.” Yakni, boleh menyebabkan kufur.


Dari Dhamrah bin Tha’labah, Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang bermaksud: “Manusia itu adalah baik selama mana mereka tidak saling dengki-mendengki.”


Sebuah hadis Rasulullah s.a.w. dari Abdullah bin Basyar, Rasulullah bersabda:

Yang bermaksud: “Tidak termasuk golonganku si pendengki, orang mengadu domba, orang yang mempunyai ilmu menilik dan akupun tidak dari golongannya.”


Kemudian baginda membaca ayat al-Qur’an:

Yang maksudnya berbunyi: “Orang-orang yang menyakiti hati orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan di atas perkara yang tidak dilakukan, maka sesungguhnya mereka itu telah melakukan dusta dan dosa yang nyata.”



Jadi sama-samalah kita menghindari sikap-sikap yang begini. Mohon pada-Nya lapangkan hati dan minda...agar kita senantiasa dalam naugan rahmat-Nya...di lindungi dari hembusan bisikkan hasad dengki serta hasutan syaitan yang di rejam....aminn..

Friday, July 18, 2008

What a day!!

Assalamualaikum,

Hai...pe kabar? me? hehehehe...byk betul aku nak cerita...

First2 sekali... tentang kebakaran kat rumah aku baru2 ni.. memang laa kecoh....tapi so glad laa tak de benda2 yang tak diingini berlaku..

Menurut citer mak aku... lepas dia balik dari mengaji dia terus keluarkan barang2 dari fridge tuk masak lunch... dia terbau jugak benda terbakar...but dia ingat jiran aku berbangsa cina tengah sembahyang...tiba2 baru menjadi kuat dan mak aku tgk asap semakin tebal masuk ke dalam rumah aku...and mak aku kejutkan ayah yang terlelap kerana tidokan Yasmin...bila ayah aku check kat balkoni dia ternampak api marak keluar dari tingkap dapur jiran aku yg dok kat tingkat 6!!!Ayah aku kata patut laa asap makin tebal rupanya ada rumah terbakar!!!

Ayah aku pun suruh mak amik beg yg ada document2 penting and yasmin turun ke bawah block...ayah terus lari ke guard house and call bomba....mak aku sempat panggil jiran2 kat floor aku tu...sib baik aarr mak aku ni prihatin...rupanya neighbour aku ada sorang tu ada anak kecik and yang sorang tu tgh mengandung... semua turun and tunggu kat bawah block....diorg terpaksa turun ke bawah kerana asap hitam and tebal tu dah masuk ke dalam rumah dan memenuhi ruangan di tingkat 12 rumah aku tuu....

Sib baik laa masa asap tebal menyelubungi rumah aku semua jiran2 kat floor aku dah turun bawah....bila bomba dah pastikan yang floor rumah aku dah selamat baru laa mak aku naik ke rumah...bila sampai kat depan pintu....lantai2 rumah aku dah berminyak2 dan rumah aku penuh dengan abu2 putih....mcm abu gunung berapi laa plakk....

Baju2 yang mak aku basuh semua kene basuh balik...and washing machine kat wet kitchen aku dari warna putih jadi warna kelabu...hehehehe...rumah aku dah jadi macam mangsa gunung berapi...

Ayah call britau aku tentang kejadian tu....aku pun bergegas laa balik rumah...sampai rumah bomba masih lagi kat bawah block and diorg baru je abis padamkan kebakaran tu...dan rumah aku pulak busuk dengan bau benda terbakar....

Sampai ke hari ni kau letak laa aroma therapy ke, daun pandan ke, apa ke...bau terbakar tu masih lagi melekat kat dalam rumah aku...isskk...tak tau macam mana nak buat.... semua benda2 dalam rumah aku dah lap bersih2...tapi bau terbakar tu tetap ada...bilik aku mmg dah tak bau dah pasal pewangi dalam bilik aku mmg kuat...cuma bila aku keluar bilik je...bau hangit menusuk2 hidung aku yg tak mancung ni...hehehehehe...

Seminggu sebelum kebakaran anak buah aku Yasmin terjerit2 ketakutan sewaktu aku buka lampu dapur ntah apa yg dia nampak pun aku tak tau... dan masa tu dah nak maghrib dan bila aku masuk dapur bulu roma aku berdiri tegakk!! dan ayah aku pun masuk dapur gakk pun bulu roma dia pun naik sampai ke tengkuk!! eerrmm...must be something eeh... ayah pun amik penyapu lidi and libas2 kat dapur sambil baca ayat kursi....

Malam tu aku tido lewat dalam kul 1 pg baru aku off laptop aku..tiba2 aku di kejutkan dengan bunyi msg masuk....tgk jam dah ku 320pg...then aku terlelap balik...tiba2 aku rasa mcm ankle aku ada org pegang...dan badan aku tak boleh bergerak..aku berpeluh dgn tiba2...padahal kipas betul2 kat depan aku...aku buka mata dan aku masih lagi nampak almari dan dinding bilik aku...cuma badan aku tak boleh bergerak...nasib baik aku tidor mengiring di rusuk kiri mengadap kiblat...jadi aku rasa mcm ada satu benda hempap lengan kanan aku dan kepala aku terpelesuk di dalam bantal...mmg ada benda hempap aku...jadi aku pejamkan mata dan baca ayatul kursi dalam hati...tapi benda tu masih lagi hempap aku...aku tekad nak jerit 'Allah hu Akhbar" tapi suara aku tak keluar....puas aku cuba byk kali nak jerit Allah Hu Akhbar sekuat hati...tapi suara aku tak terkeluar....tiba2 aku jadi geram dan aku buka mata dan aku ternampak ada satu kepala sedang bersandar di atas bahu aku... wajahnya sungguh buruk... wajah itu seakan memakai tudung hitam dan mata nyaa..nauzubillah... merah menyala..dan mata hitamnya berwarna putih....gigi nya jarang2 dan tajam2....1st time aku tgk wajah mcm tu... selalunya aku kene 'kacau' je tak pernah dia tunjukkan muka dia...but now aku tau laa mcm mana rupa makhluk kat rumah aku tu sebenarnya....

Aku dah ceritakan kat ayah and mak....diorg suruh aku jgn berhenti membaca yassin tiap2 malam kat dalam rumah.... biarlah la dia nak kacau ke apa...dia tu makhluk Allah juga...

Oklah.... aku nak siap2 utk minggu depan nyer show..hari ni lepas sembahyang jumaat aku nak gerak ke JB...ada org nak beli rumah di JB...Alhamdulilah....have a great weekend beb!!!wasalam...

. Firman Allah yang maksudnya : “Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata.” (QS Al Baqarah 16"

bicara mengenai syaitan. Makhluk ini menakut-nakutkan manusia. Lantaran itu, Allah mengingatkan supaya jangan takut kepada mereka tetapi takut kepada-Nya dan menjadi orang-orang mukmin (yang mempercayai ayat-ayat-Nya). Firman Allah,

"Itu adalah syaitan yang menakut-nakutkan sahabat-sahabatnya, maka janganlah takut pada mereka, tetapi kamu takutilah Aku, jika kamu orang-orang mukmin." (3:175)

Tuesday, July 15, 2008

Doa dan kesabaranku...

Assalamualaikum,

Hari ni aku mengantuk banget di ofis.....tapi telah diselamatkan oleh Programming Meeting ..Alhamdulilah...lepas meeting terus aku balik rumah....beli lunch kat KFC and cari cable utk astro aku...sampai rumah ayah britau pasal lawyer buyer rumah aku nak jumpa this weekend kat JB..ok no hal..lepas on air hari Jumaat aku kene drive balik JB...lawyer and buyer rumah aku nak tengok rumah.... and mak dah call Kak Ani Malek...nak tumpang tidur satu malam...aku pun sibuk call layla minta dia amik half day hari Jumaat...lepas sembahyang jumaat kita gerak ke JB....insyallah....semua dah ok...tinggal nak tunggu Man balik dari Tokyo besok and nak tanya dia kereta dah hantar gi service ke belum.....Aku kira2 duit minyak pergi balik adalah dalam RM200 and toll dalam RM100 gakk..kita pun just nak pergi tgk rumah and balik KL...tak de singgah mana2 so...ok laa tu kan....RM400 cukup laa termasuk makan minum kalau berhenti kat memana...

Aku pun ingat nak singgah kubur arwah jap...dah 30 hari arwah pergi.... roh dia makin menjauh...semoga beliau di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman....Al-Fatihah..

Hari ni ada seorang teman telefon aku...dia menyampaikan berita gembira...insyallah kalau tak ada apa2 aral projek aku bekerjasama dengan dia akan berjalan dengan lancar....besok malam kita ada meeting dengan orang di tv swasta tu....so far verbally dah confirm cuma malam besok kawan aku kena bawak kontrak untuk ditanda-tangani....insyallah kalau semua nya berjalan seperti yang di rancang maka insyallah aku akan mengikut ayah n ibu ke Mekah untuk menunaikan haji tahun hadapan.... aku berdoa siang malam untuk ini....rezeki yang Allah berikan ini adalah berkat kesabaran aku.... dan segala dugaan dan ujian yang Allah berikan adalah tanda kasih Nya terhadap hamba Nya..Alhamdulilah!!Alhamdulilah!!Alhamdulilahirabbilalaminnnnnn!!

Ya Allah!! Engkau Maha Pemurah dan Maha Pengasih..Berkatilah hidup kami sekeluarga Ya Allah..Allah Hu Akhbar!!! Allah Hu Akhbar!! Allah Hu Akhbar!!!

Kata mak... lagi orang dengki kita lagi murah rezeki kita....lagi orang benci kita lagi sayang Allah pada kita...lagi orang keji dan hina kita lagi berkat hidup kita....Sabar itu penting..ganjaran orang yang bersabar itu besar...hanya Allah Yang Maha Mengetahui....

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya. (al-Baqarah: 155-157)"

Barangsiapa yang memudahkan kesulitan orang mukmin dari kesulitan-kesulitan dunia, Allah akan menghilangkan darinya kesulitan-kesulitan di hari Qiamat. (hadis sahih)

Allah akan sentiasa menolong hamba-Nya selama hamba itu menolong saudaranya. (hadis sahis)

… boleh jadi engkau bencikan sesuatu sedangkan ia baik untuk kamu. Dan boleh jadi engkau sukakan sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui (2:216)

dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan. (16:96)

Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira".(39:10)

Ya Allah, Kau bantulah hati ini..


Sabar adalah kunci setiap perkara. Kalau kita sabar, semua perkara akan jadi mudah dan semua perkara dapat diselesaikan.

Dan mintalah pertolongan Allah dengan jalan sabar dan mengerjakan solat (3:200).


"
Allah, Aku mahu jadi yang sabar. Sabar yang sebenarnya. Sabar dalam melakukan ketaatan. Allah, Aku mahu jadi yang terbaik di hadapan Mu. Allah, Aku mahu mengutamakan orang lain. Allah, Aku mahu buat apa saja kebaikan dengan tidak mengharap dunia. Allah, Aku tidak mahu mengingat kesalahan orang lain dan mahu memaafkan segalanya. Allah, Aku mahu berlapang dada .Allah, Aku tidak mahu memikirkan yang remeh temah lagi. Allah, Aku mahu kuat melawan al hawa’..Allah, Aku mahu sabar. Aku mahu sabar , Aku mahu sabar, Aku mahu sabar, Aku mahu sabar.
Allah....Moga ini tidak ku mungkir lagi.
Allah, ampunkan aku..
Ameen ya Allah..."

Monday, July 14, 2008

Aku tetap diam....

Assalamualaikum,

Apa khabar? lama gak aku tak update kat korang ehh...busy laa...macam2 benda nak buat...but so far Alhamdulilah...everythings proceed smoothly...ahahaaha...mcm ayat dalam report aku plak...

Well, where do i start eehh? Errmm....citer yang best2 je laa eh...last weekend aku pergi hantar adam ke swimming class di presint 16....eermm....not bad la tempat tu....ada kedai makan...hahhaa...sambil menunggu adam abis kelas aku ngan mak makan laa apa lagi kan.... and sempat laa merasa roti boom...wah..ada kaya seyy...ingat kan roti boom ada gula je....1st time aku makan roti boom ada kaya....sedap gakk...tapi tak blh makan selalu...hehehhehee....

Lepas makan aku pun pergi laa jengok Adam...tgk jam dah pukul 12:05...isskk..bila nak abis daa? aku ada jemputan kawin ni...lepas abis kelas swimming si adam blh plakk terjun ke kolam lagi satu...haiiyyooo...penat aku terjerit2 panggil dia keluar kolam..."mak Long ada wedding laaa!! cepat naik....kang mak long tinggal eehh" jerit aku.... cikgu2 dia senyum je tgk gelagat aku panggil adam yang so playful!!! kalau aku tak de wedding aku memang biarkan dia mandi je.... tapi aku memang nak kene gerak dah..and awan hitam pun dah berarak...mak aku dah risau takut hujan....

Nasib baik hujan turun lepas kita dah kuar dari Putrajaya....terus ke puchong and hantar mak, Yasmin n adam kat bawah blok and aku bergegas ke Taman Medan...iisskk...lambat dah ni...pengantin dah bersanding pun masa aku sampai...cute nyeerr Ishiqa n Tembakau!! diorg ni adalah chatters Alamak.com...hehehehe....panjang jodoh diorg ni...dr Chatroom hingga ke jinjang pelamin....aku pun sempat jumpa dengan chatters2 yang lain..Milo datang dgn wife...Anie...laa diorg ni kawin rupanye hehehhe... ada Madie and Cologate!! iisskk....Cologate makin sihat!! Madie mcm tu jugak laa....and yang paling aku terkejutz si Sstone pun ada....hhmmm....

Anyway, aku enjoy laa masa kat wedding Ishiqa and Tembakau...especially tengok gelagat paksik2 yang karaoke tak henggat!! hahahahahaa....soooo cute!!!

Kul 3pm aku dah kene gerak ke puchong nak amik mak n yasmin balik bukit jalil....sempat aku cerita kat layla tentang 'benda' yang hempap aku kat dalam bilik aku...and rupanya layla tak blh tido plak malam tu gara2 teringat cerita aku....hahahahha....teruk laa adik aku ni...

Hari ni aku siapkan show prep breakfast utk besok n lusa....sambil call nasha aziz and Datin Seri Tiara..eerrm...diorg not available plak khamis ni!!! kene cari back up ni...Hah!!! i know who!!! hehehee.....matii laaaa Zizi n Tuah kat dlm konti hari khamis ni!!! hehehehehee...its gonna be great!!nak tau siapa kene laa dgr Suria hari khamis ni....hahahahaha....

Korang jangan lupa puasa tau!!Selagi masih di bulan Rejab....insyallah aku akan sambung puasa minggu depan...minggu ni cuti daaaa.....hehehehee...ok take care!!!wasalam!!


“Keistimewaan yang Tuhan berikan kepada wanita terlalu banyaknya”. “Kasihnya Tuhan kepada wanita!” Itulah kata-kata yang paling mudah digunakan untuk menggambarkan ‘layanan’ istimewa terhadap wanita dalam Islam"

"Sesungguhnya haid adalah rahmah yang patut disyukuri oleh wanita. Walaupun mereka tidak dapat mengerjakan ibadah di atas namun mereka diberi pahala sama seperti mereka yang melakukannya."

Wanita`kurang dari sudut agama’, tetapi ini bukan bermaksud yang wanita itu kurang dari sudut iman dan taqwanya. Mereka cuma kurang bersolat ketika datang haid dan nifas. Namun, oleh kerana di waktu-waktu lain mereka sentiasa bersolat, maka sepanjang waktu haid dan nifas itu, Tuhan tetap memberikan juga pahala solat sekiranya mereka dapat bersabar dengan keadaannya yang tidak selesa itu.Bayangkan seorang wanita yang baru melahirkan anak. Sudahlah digugurkan dosa-dosanya seperti seorang bayi yang baru lahir, diberikan pula pahala solat percuma sepanjang dia dalam keadaan nifas. Dan kalau dia sabar menyusu, memelihara dan melayan kerenah anaknya pula, makin banyaknya pahala yang Tuhan sediakan untuknya.

"Sampaikanlah Walau Sepotong Ayat - Sabda Rasulullah SAW".

Wednesday, July 9, 2008

No Title..

Assalamualaikum,

'Laa ilaaha illaa anta subhaanaka innii kuntu minazh zhaalimiin'

"Tiada Tuhan melainkan Engkau (Ya Allah) Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku ini adalah dari golongan yang aniaya"

Akan aku tunggu apakah musibah yang Allah akan turunkan pada golongan MUNAFIK itu!!Ya Allah satu persatu bala kau turun kan pada golongan MUNAFIK itu dan malangnya mereka masih lagi tak sedar...mulut mereka tetap keluarkan kata2 nista sehingga mereka lupa Engkau lebih berkuasa Ya Allah... sesungguhnya HATI mereka telah HITAM.....Nauzubillah....Iblis laknatullah telah menjadi penghuni hati mereka....Ya Allah jauhkanlah aku daripada golongan MUNAFIK ini...jauhkan aku dari golongan yang Engkau Laknati...

Hanya Engkau Ya Allah Yang Maha Berkuasa yang dapat membalas setiap perbuatan mereka dan setiap FITNAH mereka....

Ya Allah sesungguhnya aku amat bersyukur atas Rahmat yang Engkau berikan kepada keluarga ku, kehidupan ku, rezeki yang Engkau limpahkan adalah berkat daripada kesabaran hamba Mu...
Allah Maha Besar!! Allah Maha Besar!! Allah Maha Besar!!

Friday, July 4, 2008

Rejab

Assalamualaikum...

Antara artikel yang menarik tentang bulan Rejab yang boleh kita kongsikan bersama...

Bulan Rejab kembali lagi. Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya dan Ruangan Bimbingan Rohani kali ini menyorot fadhilat bulan Rejab dan beberapa hadis Rasulullah S.A.W. berkenaan dengannya.
Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:

Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.
Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.
Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka,
Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.
Puasa 5 hari - aman dari azab kubur.
Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.
Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.
Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.
Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.
Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.
Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.
Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.
Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.
Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.
Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.

Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.

Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.
Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.

Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.

Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api Neraka.

Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.

Kelebihan lain bulan Rejab:
1. Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.
2. Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
3. Rejab bulan Allah, Sya'aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.
4. Rejab adalah bulan menabur benih, Sya'aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.
5. Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya'aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.
6. Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya'aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.
7. Rejab adalah bulan taubat, Sya'aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.
8. Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya'aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.
Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:
1. Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
2. Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir
3. Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat
4. Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
5. Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.
Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab:
1. Israk dan Mikraj (27 Rejab)
2. Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)
3. Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.

Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di"israk"kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di"mikraj"kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja.

Thursday, July 3, 2008

Sepi....

Assalamualaikum,

Semalam adalah hari ronda2 se Malaya.....Ntah kenapa ntah aku boleh ikut si Tanty dan Fauzi ronda2 satu KL...tapi bagus jugak..sempat laa makan Kuey Tiaw Tanjung Keramat....dan Air Jus Gelas besar Amat...not bad at all....tapi parking problem laa..insyallah kalau ada masa aku bawak parents aku makan kat sana.....kuey tiaw dia best giler..

Sepanjang hari semalam aku dengar lagu Sepi dari Yuni Shara... lagu soundtrack filem Sepi...aku dah tengok filem tu sebanyak 3 kali dan aku jatuh cinta dengan Sufi.... nak tau siapa Sufi pergi laa tengok filem Sepi!! Dan aku ada Sufi di studio hari ni!!! yay!!! My dreams has come true!! Really..i admire his acting...so touching!!!!Subhanallah....

Lirik lagu Sepi ni memang sedih..nak nak dengan melodi dia yg menusuk perasaan.... dengarlah dan hayatilah lirik lagu Sepi ini......

Sepi hati terjadi lagi
Mungkin sampai mati aku sepi
Biar senyum hadir di hariku
namun ini hanya ada di bibir
di bibir saja

Aku ini yang bisa mengerti
walaupun yang lain mau mengerti
Namun berat beban hidupku
biarkan saja
Biar saja hanya ku yang tahu

Sejarah cinta dan hidupku
penuh duri dan banyak ranjau
Butuh kesabaran yang penuh
untuk tetap ku berdiri

Oh.. ada saatnya ku bicara
bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
aku tetap diam

Woo.. sejarah cinta dan hidupku
penuh duri dan banyak ranjau
butuh kesabaran yang penuh
untuk tetap ku berdiri

Oh.. ada saatnya ku bicara
bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
aku tetap diam

Tuesday, July 1, 2008

NAMIMAH (FITNAH/ADU DOMBA)

Assalamualaikum,

Dah berhari2 aku tak de rasa nak tulis blog....macam malas nak luahkan perasaan plak..kerana tiap2 benda yang aku tulis pasti ada orang terasa....kesian kat orang yang perasan tu....tak abis2 dapat dosa dek terasa dgn penulisan aku.....Aku tak tulis pasal kau laa....sabo je la... sendiri terasa lepas tu nak meroyan...nampak sangat suka berprasangka buruk...yang best tu kawan dia pun terikut jugak..macamlah aku cakap pasal korang....c'mon laaa get a life...dah tak de keje lain agaknye..dok baca blog orang then terasa plak...ada aku tulis nama ke? tak de kan..yang ko terasa tu apsal? lepas tu tak abis2 nak mengutuk aku...aku rasa korang ni ada masalah mental...buat2lah mengucap takut masa korang tengah mengutuk aku tiba2 Malaikat cabut nyawa...tak sempat nak bertaubat...nauzubillah....cukup2lah carutkan orang....diorg semua carutkan kat belakang ko bukan main carutkan ko....tapi ko tak tau eehh...tak pe satu hari nanti kau akan tau apa yg diorg cakap pasal ko...aku dah tak angkat port laa...sorry...byk lagi keje lain nak buat...tak de masa nak cari pasal dgn orang and carutkan orang...hati2 bila berkata2 kerana kata2 itu doa..ko carutkan orang sebenarnya ia adalah cermin...kata2 kesat tu berbalik pada diri sendiri...tak percaya? percaya laahh...

Di bawah ini petikan yang aku dapat khas untuk korang semua...sungguh menginsafkan....

Abul Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Hudzaifah r.a. berkata: Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak akan masuk syurga tukang fitnah." Diriwayatkan juga dari Abu Hurairah r.a. berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apakah kamu tahu siapakah sejahat-jahat kamu?" Jawab sahabat: "Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. yang lebih tahu." Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sejahat-jahat kamu ialah orang yang bermuka dua, yang menghadap kepada ini dengan wajah dan datang kesana dengan wajah yang lain."

Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibn Abbas r.a. berkata: "Rasulullah s.a.w. berjalan melalui dua kubur yang baru ditanam, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya kedua kubur ini sedang disiksa dan tidak disiksa kerana dosa besar, adapun yang satu maka tidak bersih jika cebok dari kencingnya dan yang kedua biasa berjalan membangkitkan fitnah. Kemudian Rasulullah s.a.w. mengambil dahan pohon yang hijau lalu dibelah dan menancapkan diatas kubur masing-masing. Sahabat bertanya: "Ya Rasulullah, mengapakah engkau berbuat itu?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Semoga Allah s.w.t. meringankan keduanya selama dahan ini belum kering."

Maksud bukan dosa besar itu dalam pandangan kita padahal akibatnya besar sebab bila cepat dalm memcebok (mencuci) sesudah buang air kecil lalu masih menitis bererti tidak sah memakai pakaian yang najis, kerana itu tidak memperhatikan bersuci itu besar akibatnya disisi Allah s.w.t. kerana diakhirat itu tidak ada tempat selain syurga atau neraka, maka bila dinyatakan tidak masuk syurga maka bererti masuk neraka.

Maka wajib atas orang yang adu dumba atau pemfitnah supaya segera bertaubat sebab adu domba itu suatu kehinaan didunia dan siksa didalam kubur dan neraka dihari kiamat tetapi bila ia bertaubat sebelum mati maka insyaallah akan diterima taubatnya oleh Allah s.w.t.

Alhasan berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sejahat-jahat manusia ialah yang bermuka dua, mendatangi dengan satu wajah dan yang satu wajah dan siapa yang mempunyai dua lidah didunia maka Allah s.w.t. akan memberikannya dua lidah api dari api neraka."

Qatadah berkata: "Sejahat-jahat hamba Allah ialah tiap tukang menghina, tukang maki dan tukang mengadu (adu domba/fitnah). Siksa kubur kerana tiga perkara iaitu:

  • Sepertiga kerana ghibah

  • Sepertiga kerana tidak membersihkan selepas buang air kecil

  • Sepertiga kerana adu domba/fitnah

Yahya bin Aktsam berkata: "Tukang fitnah itu lebih jahat dari tukang sihir sebab tukang fitnah dapat berbuat dalam sesaat apa yang tidak dilakukan oleh tukang sihir dalam satu bulan dan perbuatan tukang fitnah lebih bahaya dari perbuatan syaitan naknatullah sebab syaitan laknatullah hanya berbisik dan khayal bayangan tetapi tukang fitnah langsung berhadapan dan berbuat. Dan Allah s.w.t. telah berfirman (Yang berbunyi): "Hammalatal hathab. Ahli-ahli tafsir banyak yang mengertikan hathab itu fitnah/adu domba. Sebab fitnah itu bagaikan kayu untuk menyalakan api permusuhan dan peperangan.

Abdullah bin Almubarak berkata: "Anak zina tidak dapat menyimpan amanat pembicaraan dan orang bangsawan ialah yang tidak mengganggu tetangganya." Yakni siapa yang suka memfitnah dan adu domba maka tabiat anak zina sebab Allah s.w.t. berfirman (Yang berbunyi): "Hammaazin masysyaa'in binamin, mannaa'in lil khairi mu'tadin atsiim utullin ba'da dzalika zaniem." (Yang bermaksud): "Tukang mengejek dan berjalan memfitnah, bakhil tidak berbudi melampaui batas pendurhaka, sombong selain dari semua itu ia anak zina."

Seorang hakiem (cendiakawan) didatangi oleh kawannya, tiba-tiba kawan itu menceritakan hal kawan yang lain, maka ditegur oleh cendiakawan itu: "Kamu telah lama tidak datang dan kini datang membawa tiga dosa iaitu:

  • Pertama membencikan kepadaku kawanku

  • Kau telah merisaukan fikiranku

  • Saya menuduh engkau berdusta



Semoga kita semua bertaubat dan mohom keampunan Allah...sudah2lah mencaci maki....tiba masa untuk berubah...takutlah pada Allah....

Sesungguhnya yang terbaik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu adalah dari saya sendiri.....wallahualam....