Tuesday, July 15, 2008

Doa dan kesabaranku...

Assalamualaikum,

Hari ni aku mengantuk banget di ofis.....tapi telah diselamatkan oleh Programming Meeting ..Alhamdulilah...lepas meeting terus aku balik rumah....beli lunch kat KFC and cari cable utk astro aku...sampai rumah ayah britau pasal lawyer buyer rumah aku nak jumpa this weekend kat JB..ok no hal..lepas on air hari Jumaat aku kene drive balik JB...lawyer and buyer rumah aku nak tengok rumah.... and mak dah call Kak Ani Malek...nak tumpang tidur satu malam...aku pun sibuk call layla minta dia amik half day hari Jumaat...lepas sembahyang jumaat kita gerak ke JB....insyallah....semua dah ok...tinggal nak tunggu Man balik dari Tokyo besok and nak tanya dia kereta dah hantar gi service ke belum.....Aku kira2 duit minyak pergi balik adalah dalam RM200 and toll dalam RM100 gakk..kita pun just nak pergi tgk rumah and balik KL...tak de singgah mana2 so...ok laa tu kan....RM400 cukup laa termasuk makan minum kalau berhenti kat memana...

Aku pun ingat nak singgah kubur arwah jap...dah 30 hari arwah pergi.... roh dia makin menjauh...semoga beliau di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman....Al-Fatihah..

Hari ni ada seorang teman telefon aku...dia menyampaikan berita gembira...insyallah kalau tak ada apa2 aral projek aku bekerjasama dengan dia akan berjalan dengan lancar....besok malam kita ada meeting dengan orang di tv swasta tu....so far verbally dah confirm cuma malam besok kawan aku kena bawak kontrak untuk ditanda-tangani....insyallah kalau semua nya berjalan seperti yang di rancang maka insyallah aku akan mengikut ayah n ibu ke Mekah untuk menunaikan haji tahun hadapan.... aku berdoa siang malam untuk ini....rezeki yang Allah berikan ini adalah berkat kesabaran aku.... dan segala dugaan dan ujian yang Allah berikan adalah tanda kasih Nya terhadap hamba Nya..Alhamdulilah!!Alhamdulilah!!Alhamdulilahirabbilalaminnnnnn!!

Ya Allah!! Engkau Maha Pemurah dan Maha Pengasih..Berkatilah hidup kami sekeluarga Ya Allah..Allah Hu Akhbar!!! Allah Hu Akhbar!! Allah Hu Akhbar!!!

Kata mak... lagi orang dengki kita lagi murah rezeki kita....lagi orang benci kita lagi sayang Allah pada kita...lagi orang keji dan hina kita lagi berkat hidup kita....Sabar itu penting..ganjaran orang yang bersabar itu besar...hanya Allah Yang Maha Mengetahui....

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya. (al-Baqarah: 155-157)"

Barangsiapa yang memudahkan kesulitan orang mukmin dari kesulitan-kesulitan dunia, Allah akan menghilangkan darinya kesulitan-kesulitan di hari Qiamat. (hadis sahih)

Allah akan sentiasa menolong hamba-Nya selama hamba itu menolong saudaranya. (hadis sahis)

… boleh jadi engkau bencikan sesuatu sedangkan ia baik untuk kamu. Dan boleh jadi engkau sukakan sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui (2:216)

dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan. (16:96)

Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira".(39:10)

Ya Allah, Kau bantulah hati ini..


Sabar adalah kunci setiap perkara. Kalau kita sabar, semua perkara akan jadi mudah dan semua perkara dapat diselesaikan.

Dan mintalah pertolongan Allah dengan jalan sabar dan mengerjakan solat (3:200).


"
Allah, Aku mahu jadi yang sabar. Sabar yang sebenarnya. Sabar dalam melakukan ketaatan. Allah, Aku mahu jadi yang terbaik di hadapan Mu. Allah, Aku mahu mengutamakan orang lain. Allah, Aku mahu buat apa saja kebaikan dengan tidak mengharap dunia. Allah, Aku tidak mahu mengingat kesalahan orang lain dan mahu memaafkan segalanya. Allah, Aku mahu berlapang dada .Allah, Aku tidak mahu memikirkan yang remeh temah lagi. Allah, Aku mahu kuat melawan al hawa’..Allah, Aku mahu sabar. Aku mahu sabar , Aku mahu sabar, Aku mahu sabar, Aku mahu sabar.
Allah....Moga ini tidak ku mungkir lagi.
Allah, ampunkan aku..
Ameen ya Allah..."