...hold me tight and we will run together in search of the dream,the dream that we shared Just U & Me...
Jangan terlalu mengharap...itu pesan Umi ku..tak pernah aku hiraukan.7 tahun aku menunggu dia, semata2 kerana nak mendapat restu orang tuanya. 7 tahun beb!! kalau ada anak dah sekolah dah. Tapi cinta punya pasal kita bersabar sambil tu kita bina masa depan bersama. Alhamdulilah...kedudukan ekonomi semakin kuat tapi restu keluarga masih lagi hampa..
Bukan nak mengungkit cerita lama tapi aku nak jadikan sebagai peringatan untuk semua dan juga diri sendiri. Walaubagaimana sayang sekalipun kita pada dia jangan sekali2 kita meletakkan harapan yang terlalu tinggi...kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan....bila kita tak dapat apa yang kita idamkan kita akan kecewa dan akan mencari kesalahan orang lain..orang lain akan kita persalahkan diatas perpisahan kita...tapi kita lupa bahawa..ini adalah takdir kita...mungkin ada hikmah disebalik perpisahan ini..
Tak salah untuk bersedih atau menangis...that's human but don't get carried away. Kalau kita rasa kitalah manusia paling malang dalam dunia percintaan ini mungkin ada lagi manusia yang lebih malang daripada kita...
Dulu aku pernah bertunang tapi lagi 2 bulan kami nak nikah tunang aku kene tangkap basah dengan budak bawah umur so nak tak nak dah gatal sangat dia kawin juga dgn budak tu..dan tunang aku ni memang baran orang nyer aku dengar dia selalu belasah isteri dia sampai keguguran..so now aku rasa bernasib baik kita putus tunang. Kalau tak aku teruk kene belasah...
Then aku bercinta sampai 7 tahun dengan seseorang dan perhubungan kami tak dapat restu keluarga dan akhirnya bf aku meninggal dunia dlm kemalangan jalan raya...kalau kami kawin aku akan jadi balu sekarang ni...Ya Allah...setiap yang berlaku itu ada hikmah yang kita tak tau...
Selepas tu aku makin berhati2..kerana aku harus berfikiran terbuka..sekiranya yang datang ini adalah jodoh aku , aku terima ...kalau tak aku redha!! Ya Redha!! memang senang nak cakap tapi sukar utk dilakukan dengan ikhlas...
Susah nak lepaskan orang yang kita sayang tapi nak buat mcm mana...setelah apa yang aku lalui aku harus telan segala pahit.Aku berharap cinta yang tulus dari Allah swt. Aku berdoa siang dan malam agar Allah temukan pemilik tulang rusuk ku ini...Ameenn..
Kini aku bahagia dengan cinta dari keluarga dan sahabat baik ku..Tiada yang dapat ditukar ganti dengan kasih sayang diorg Alhamdulilah... aku amat menyayangi diorg...Buang kisah sedih, perbaiki akhlak diri, penampilan diri, say nice thing to others, sedekah dengan senyuman, baca 1 page Al quran tiap2 selepas solat fardhu dan hargai kasih sayang orang disekeliling kita..insyallah..hidup akan lebih bermakna.Rancang percutian, discovered your hidden talent, sing our heart out at Red box!!! hahahahahaaa, spend 2 hours a day watching comedy movies and laugh ur heart out!!..believe me!!! its all worth it!!!
p/s: Lagu ni tak de kene mengena dengan yang hidup atau yg telah meninggal dunia. :P i just missed the singer!! Ya Ampun!! suaranya geren!! moga2 2010 ni Nidji datang ke Suria lagikkk!!!! Enjoy the song with an open heart!!! wasalam!!!!