Wednesday, October 22, 2008

Ayah dan ibu....

Assalamualaikum,

Hi!!! Sihat? Aku mcm ni la...bertambah2 sihat!!! hahahhaa..hari ni aku hantar ayah aku ke HKL utk medical check up..kita punyalah concentrate on his sugar level sampai terlepas pandang blood pressure dia...tau2 bila doktor checked ayah aku ada high blood!!! 175/104!!!Ya Allah!! tinggi tuu!! kalau normat its supposed to be 120/90 je...hhmm.... sib baik gi HKL kalau tak sampai la tak tau ayah aku ada high blood!!!sabo je laa....

So semasa aku gi HKL tu aku discover something that's good and bad laa.... Yang bagusnyer ada 2 kaunter untuk pesakit yang berumur 65 tahun ke atas...so diorg tak payah beratur tunggu nombor terus pergi ke kaunter je.... and line up pun tak panjang....ok la.... then bila ayah aku kene ke bilik rawatan... pun dalam masa 10 min dah di panggil doktor..so siapa kata HKL bad services? ok per service diorg...

Sementara menunggu nama ayah aku di panggil aku peratikan sekeliling...ramai betul pesakit2 warga emas mcm ayah aku ni..tapi ada 2-3 orang yg ditemani oleh anak2 or kawan or sedara mara..... yang lain tu semua datang sendiri....ada yang bertongkat, ada yang berjalan pun tak kuat ...ada yang tak menang tangan mana nak bawak kad2 rawatan and botol specimen...kesian aku tengok..dalam hati aku bertanya....mana pergi anak2 diorg ni? diorg ni tak de kawan2 or sedara mara ke nak temankan gi hospital? ini pergi hospital tau bukan pergi shopping..pergi hospital untuk rawatan memang perlukan anak2 or org yg tersayang berada di sisi....

Aku dan adik aku pun simpati dgn warga2 emas yang pergi ke hospital bersendirian.Ada sorang lelaki tua bertongkat ni nak berdiri pun tak kuat apa lagi nak berjalan....aku tengok dia sorang je masuk jumpa doktor and amik ubat...lepas tu telinga pun mcm dengar tak dengar je masa pegawai farmasi tu beri penerangan tentang ubat2 dia...kesian nyer....kalaulah ada anak2 dengan orang tua ni mesti anak2 dia blh dengar penerangan tu dengan jelas...iisssk....sebak plakk dada aku ni mengenangkan orang tua ni..

Aku tak faham laa apalah salah anak2 diorg ni luangkan masa ke hospital dgn ibu bapa diorg..aku bukan nak kata aku anak yang baik..tapi cuba korang fikir masa kita kecik..diorg bawak kita ke klinik bila kita sakit..kalau tak larat nak jalan siap didukung dan siap berjaga malam utk jaga kita sakit...bila kita dah dewasa ini ke balasan kita pada diorg? cuba korang bayangkan wajah mak n ayah korang sekarang...sebak tak dada?

Memang bukan senang nak jaga orang tua tapi diorg ni kalau kene pada caranya insyallah diorg berlembut jugak..mcm ayah aku ni dah banyak kali aku ajak....akhirnya baru laa dia setuju nak pergi..dah jumpa doktor dia rasa lega..hehehehehe....sbb dia baru realised tak laa susah sgt pun jumpa doktor ni....

Aku selalu ingatkan adik beradik aku...dan diri aku sendiri..jagalah orang tua kita selagi mereka masih ada...nanti diorg dah tak de kita menyesal tak sudah..i've seen enuff...cukup laaa...aku tak nak menyesal di kemudian hari...

Dengar lagu Allahyarham Sudirman Ayah dan Ibu cukup menginsafkan...dan cukuplah untuk membuatkan kita sayang ibu bapa kita...pada yang ada berkecil hati dengan perangai orang tua masing tu harap2 bersabar je laa..nanti kita dah tua pun mcm tu jugak..what goes around comes around...dan diorg tak sedar perangai diorg mcm tu pun...kita sebagai anak kene jaga hati diorg...itu adalah tanggungjawab kita...

Kalau nak hidup bertambah berkat dan murah rezeki jagalah ayah dan ibu sebaik2nya...insyallah...hidup akan dirahmati Allah SWT....wasalam....


Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat