Monday, June 16, 2008

Aku REDHA...

Assalamualaikum,

Tak tau dari mana aku nak mulakan...airmata terus menitis sejak dari pagi tadi sampai pening kepala aku dibuatnya..kenapa ia tak berhenti2 lagi? sudah2 lah...aku penat nak mengesat air mata ini...Ya Allah...aku redha dengan ujian ini..aku cuba bersabar sepanjang ia berlaku...mudah-mudahan ujian ini adalah penghapus dosa2 ku....Ya Allah bantulah aku untuk menerima takdir Mu...bantulah aku untuk meyakini...sesudah ujian ini ada nikmat yang akan berlaku..itulah harapan ku di dalam ketakutan ini...Perkenankanlah wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang......

Dan firman Allah s.w.t yang bermaksud :
" Dan alangkah baiknya jika mereka redha dengan apa yang Allah dan Rasulnya berikan kepada mereka sambil mereka berkata : ' Cukuplah Allah bagi kami , Ia dan Rasulnya akan berikan pada kami kurnianya ,Sesungguhnya pada Allah kami menuju ".
( Surah At Taubah : Ayat 59 )

Allah SWT tidak pernah mencabut sesuatu daripada kita kecuali DIA menggantinya dengan yang lebih baik. Tetapi, itu andai kita bersabar dan redha dengan segala ketetapan-Nya.

Barangsiapa KU-ambil dua kekasihnya (matanya) dan ia tetap bersabar, maka AKU akan mengganti kedua (mata)nya dengan syurga.

Barangsiapa KU-ambil orang yang dicintainya di dunia dan ia tetap mengharapkan redha-KU, nescaya AKU akan menggantinya dengan syurga.

Yakni, barangsiapa kehilangan anaknya tetap berusaha untuk bersabar maka di alam keabadian kelak akan dibangunkan untuknya sebuah Baitul Hamd (Istana Pujian).

Harap korang faham...aku dah tak terdaya nak bercerita...biarlah arwah tenang di sana... Al-Fatihah..Dia Maha Mengetahui, tetapi hikmah di balik cubaan itu mendatangkan pahala yang tidak terhingga bagi kita kerana kesabaran yang kita lakukan. Dari Kemurahan-Nya, Allah memberi kita pahala antara 10 sampai 700 drajat. Al-Quran mengatakan, ”Berikan khabar gembira kepada orang yang sabar.”

Alihkan matamu ke laut, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan, tetapi hanya Allah saja yang tahu rahsia di dalamnya, begitu jugalah dengan kehidupan manusia: riang ketawa tapi hanya Allah yang tahu rahsia kehidupannya. Andai kau rasa kecewa, lihatlah ke sungai, airnya masih mengalih biarpun berjuta batu menghalang. Andai kau rasa sedih, pandanglah ke langit, kau akan sedar bahawa Allah sentiasa bersamamu. Andai kau gembira, sujudlah ke bumi tempatmu berpijak sebagai tanda syukurmu kepadaNya...