Assalamualaikum,
Hari yang membingungkan...banyak keje tak siap... 5 proposals tak sampai 50% siap..dgn server down... kepala aku terus blank...kesian dengan bdk2 intern aku...diorg pun tak blh nak buat apa...aku betul2 frust dengan keje aku hari ni... server nyer pasal keje byk tak siap...last2 bawak balik rumah laa buat sendiri....besok baru aku boleh rekod...mintak2 Azlee boleh siapkan on time laa....kesian plakk bagi dia keje last minutes....abih nak buat mcm mana kan... sib baik...air corn dalam studio dia dah ok...hehehehee....
Tak sabar2 nak tunggu 1st July...aku nak go back to normal life...skrg ni waktu keje tak menentu...kesian parents aku kat rumah...aku asyik balik lambat je.. tak de banyak masa nak berbual...sorry mak ayah... insyallah bulan depan akak dah boleh balik awal...
Aku tak kuasa nak melayan arus sesat...aku cakap sekali tapi beribu2 kali aku di caci...manusia kalau tak nak terima kenyataan memang macam itu...biarkan...biarkan...biarkan si luncai terjun dengan labu2nya...biarkan...biarkan....
Cakaplah apa saja....aku tak endah...been there done that...di mana2 kita pergi pun kita akan bersua dengan manusia sebegini....
Insyallah aku tak akan buka aib mu wahai sahabat...tak akan sekali2...biarlah ia menjadi rahsia ku....
Cakaplah apa saja ...aku tak takut..kerana aku hanya takut pada Allah Maha Pelindung dan Maha Pengasih..Dia lah yang merawat kedukaan ku....Dialah yang menjadi tempat ku mengadu...
Kau mungkin tersenyum sinis tika membaca blog ini....walauapapun yang kau tafsirkan dalam kotak fikiran mu....kau perlu ingat...hati2 bila berkata2....berhati2 bila bersyak wasangka...kerana mulut badan binasa....Jangan sampai terpesong akidah.....nauzubillah....
Aku dah dengar berbagai versi cerita2 dari si pendusta....kalau difikirkan balik..kenapa mereka ini sanggup mengapi2kan kita? Dan kau beria2 percaya si penyampai cerita...bah kan dulu diorg ni lah yang kau susah nak percaya....fikirkanlah...
Aku tak tahu sampai bila ianya akan berakhir...kerana sekali aku nak berbaik seribu kali kau cuba sakitkan hati aku...nampaknya kau memang tak nak berbaik dengan aku....tak pe laa....hidup aku pun bukannya lama mana pun....teruskanlah bencimu kepada aku...teruskanlah ..namun terus terang aku katakan pada mu..aku tak rasa sakit hati pun.....aku cuma rasa kesal atas perbuatan kau yang terlalu mengikut perasaan....Dah habis dah aku mengaibkan aku...apa lagi? Kau tunggu je la satu hari nanti aku akan pergi jauh dari hidup kau...dan janganlah risau....aku dah lama maafkan kau....percayalah..
Harap kau dah puas hati dengan pengakuan ini....sekali lagi aku katakan...Hidup aku TIDAK lama....ini mungkin berita gembira pada kau..tapi who cares i'm dying or not....right?
Well, i've said enuff....tepuk dada tanyalah selera.....
Mujahidah itu kental dengan setiap ujian bahkan selama dia sabar dan redha, maka selagi itulah dia memperolehi pahala. Hatta dengan ujian menimpa, tidak redha dengan apa yang berlaku. Ujian tetap juga akan datang cuma segalanya hanya 'sia-sia'.
Tazkirah:
Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama 'Huraisy' berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi. Malaikat Jibril bertanya : 'Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?' Huraisy pun menjawab, 'Aku mahu mencari lima orang.' 'Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang. Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat. Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid. Kelima, orang yang suka minum arak.'