Sunday, June 29, 2008

Shame On You.....

Assalamualaikum,

Hujung minggu yang memenatkan tapi seronok...Alhamdulilah dengan rezeki yang Allah berikan...walaupun sedikit tapi aku bersyukur....gembira berada di samping rakan-rakan yang sentiasa ceria dan menghiburkan.....hari ni je aku dah tak larat nak ketawa...macam-macam kerenah...Alhamdulilah...dikurniakan kawan2 ringan tulang....yang sentiasa menghiburkan hati...mudah-mudahan tiada sifat dengki dan busuk hati....nauzubilah..yang penting mereka ni boleh berfikir dengan waras dan tidak cepat melenting...mereka ni semua guna akal fikiran yang waras untuk berkata2 bukan ikut hati....kalau ada salah silap cepat2 mereka menegur dengan baik..bukan nak mencaci hina atau nak memperli segala....yang lebih penting mereka ini bukan penyampai cerita2 yg boleh mengaibkan teman2 yang lain atau merosakkan hubungan orang lain.......segala aib orang kita perlu simpan....tak perlu mencanang ke seluruh dunia....kerana dunia akan tertawa dan akan mengutuk perbuatan kita yang suka menghasut dan mencerita aib orang....hidup pun tak berkat....nauzubilah....kalau ada sifat busuk hati tu jauhkan laa.....ingat balasan Allah...

Pasti ada beberapa makhluk tengah baca blog aku ni....makhluk Tuhan paling busuk hati...suka mengada2kan cerita...suka melihat memecah belah kan orang lain...blog aku ni akan dijadikan bahan fitnah si makhluk berhati busuk...blog aku ni akan menjadi forum cerita dusta, cerita iri, cerita yang penuh dengan hasad dengki dan keji....Ya Allah....Hanya Engkau yang dapat membalas perbuatan mereka....mereka telah lupa Ya Allah...Hanya Engkau yang Berkuasa membalas perbuatan terkutuk mereka... Ya Allah....aku hanya berserah pada Mu...Semoga Engkau berikan petunjuk kepada mereka2 ini...

Pasti makhluk2 ni akan berasa jelik dengan ayat2 di blog aku ni....sedarlah dan kembalilah ke jalan Allah...sudah2lah hentikanlah sifat hasad dengki tu....kasihankanlah orang tua mu....takutlah pada Allah..jangankan sampai Allah turunkan musibah ke atas keluargamu atas perbuatan terkutuk mu itu.....nauzubillah.....

Aku minta janganlah kau membaca blog aku ni wahai makhluk yg penuh hasad dengki...kerana aku tak nak engkau meneruskan fitnah engkau dan juga aku tak nak hati mu penuh dengan perasaan hasad dengki yang keterlaluan...

Kepada si penyampai cerita.... Shame On You!!! Kau patut sedar tentang hukum orang memecah belahkan umat manusia....Kau patut sedar apa hukumnya membuat orang tidak bertegur sapa.....saling benci membenci dan menganiaya.

Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik r.a, khadam kepada Rasulullah SAW, bersabda Nabi SAW : Tiada beriman sesaorang kamu, sehinggalah ia mencintai saudaranya sama seperti ia menyintai dirinya sendiri.

Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda : " Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah berkata yang baik atau berdiam diri. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah berbuat baik kepada jiran tetangganya. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah menghormati tetamunya. "

Dari Abu Dzar, Jundub bin Junadah dan Abu Abdul Rahman, Muaz bin Jabal r.a, dari Rasulullah SAW, sabdanya : " Bertaqwalah kepada Allah di mana saja engkau berada. Iringkanlah perbuatan jahat itu dengan perbuatan baik, mudah-mudahan yang baik itu akan memadam yang jahat. Dan berperangai kepada manusia dengan dengan perangai yang bagus. "

Dari Abu Hurairah r.a, katanya : " Telah bersabda Rasulullah SAW : ' Janganlah kamu berdengki-dengkian, dan jangan kamu tipu-menipu, dan jangan benci-membenci, dan jangan musuh memusuhi, dan jangan kamu berjual beli atas jual beli setengah yang lain, dan jadilah kamu sekelian sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang Muslim adalah bersaudara sesama Muslim, tidak boleh menganiayanya, tidak boleh membiarkannya tertindas, tidak boleh mendustainya dan tidak boleh menghinainya. Taqwa itu berpunca dari sini - sambil Nabi SAW menunjukkan ke dadanya tiga kali. Sudah memadailah kejahatan seorang itu jika ia menghina saudaranya yang Islam. Seorang Muslim ke atas seorang Muslim yang lain diharamkan darahnya, harta bendanya dan kehormatannya. ' "

Dari Anas r.a, katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Telah berfirman Allah Ta'ala : Wahai anak Adam ! Setiap kali engkau berdoa berharap kepadaKu, Aku akan tetap mengampunimu atas segala dosa yang engkau lakukan, dan Aku tiada peduli. Wahai anak Adam ! Andaikata dosa-dosa kamu setinggi langi kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampunimu. Wahai anak Adam ! Andaikata engkau datang padaku dengan dosamu sepenuh bumi ini, kemudian engkau menemuiKu, pada hal tiada engkau menyekutui akan Aku dengan sesuatu pun, nescaya Aku akan datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula.