Apa khabar? dah berhari2 aku tak update blog... bukan apa aku letih betul sejak beberapa hari ni...tidur pun awal...nak selesaikan keje2 yang tertangguh....tapi Alhamdulilah...kerja2 semua beres...insyallah hari isnin ni kurang sket keje ...cuma macam biasa masuk meeting...hehehhee..masa nak masuk meeting ni laa aku selalu berdoa...cepat2 laa sket bos baru masuk...hehehehe...bukan apa...aku tak nak peningkan kepala dengar masalah2 tiap2 department..nak fikirkan masalah show aku je dah cukup dah....tak nak tambah beban lain.. hehehee..
Anyway, seperti biasa ada 2 orang manusia yang berhati busuk mengutuk2 penampilan ku dan juga tak habis2 memperli perempuan seperti aku...diorang tak sedar yang diorg dah mempersendakan agama.... baik sangat ka diorg tu? Hidup penuh dgn maksiat tak sedar diri...kutuk and perli orang beribadah bukan main lagi...Allah Maha Mendengar wahai si polan2 yang lupa diri ni....Apa lagi yang diorg nak daripada aku pun aku tak tahu...mmg dasar manusia busuk hati...sampai tak sedar mengutuk agama sendiri...nauzubillah...
Ini ada satu artikel yang aku jumpa .... khas untuk mereka2 yang suka mempersendakan Agama...harap2 orang2 bertaubat laa...
1. HUKUM MEMPERSENDAKAN AGAMA
· Akan mendapat balasan dan azab yang dahsyat daripada Allah
2. PERBUATAN-PERBUATAN YANG DIANGGAP MEMPERSENDAKAN AGAMA
· Mempermainkan dan mempersendakan ajaran islam sama ada melaui lisan atau perbuatan
· Memperkecilkan tuntutan agama
· Bangga apabila melanggar larangan Allah
· Menghina orang yang bertakwa
· Menjunjung perbuatan maksiat
· Tidak bersolat
· Makan disiang hari pada bulan ramadhan di khalayak ramai
· Tidak membayar zakat yang difardhukan
3. GOLONGAN YANG SERING MEMPERSENDAKAN AGAMA
· Musyrikin
- Kaum yang menyekutukan Allah dan penentang kuat agama tauhid
· Munafik
- Orang yang menyembunyikan kekufuran dan menzahirkan keislaman
· Murtad
- Orang yang keluar daripada Islam
· A'shi
- Orang islam yang melanggar perintah agama tetapi tidak mengingkarinya
4. AKIBAT MEMPERSENDAKAN AGAMA
· akidah seseorang terhadap Allah akan rosak
· segala kebaikan yang dilakukan akan menjadi sia-sia
· akan mendapat balasan azab yang pedih di akhirat
· dibenci dan tidak dihormati oleh orang lain
5. CARA MENJAUHI DIRI DARIPADA PERBUATAN MEMPERSENDAKAN AGAMA
· taat dan patuh pada perintah Allah denga bersungguh-sungguh
· meninggalkan segala larangan Allah
· sentiasa mengingati balasan syurga dan neraka
· berhati-hati dan berwaspada dengan rakan-rakan yang suka mempersendakan agama
6. AKIBAT TIDAK MEMELIHARA AGAMA
· umat islam akan menjadi umat yang mundur dan tidak bertamadun
· agama islam akan diperkecil dan dipermainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab
· kemungkaran dan maksiat semakin berleluasa
· wujud ajaran sesat dalam masyarakat yang akan memesongkan akidan orang Islam
Aku pasti manusia2 yang hati busuk itu akan tersenyum sinis bila membaca blog aku ni...senyum laa wahai teman...tapi aku pasti jauh di sudut hati kau mesti terdetik kebenaran yang aku ingin sampai kan...dan pasti hati kau terdetik menyesal akan perbuatan kau....tak usah malu nak meminta maaf dari aku...kerana aku telah lama memaafkan kau.....semoga Allah mengampuni sesalahan mu....amin...