Tuesday, June 17, 2008

Mujahidah sejati tak goyah dengan dugaan..

Assalamualaikum,

Hari ni aku balik rumah kul 8mlm...meeting kul 5pm sampai 7mlm kat Kelana jaya...hhmm...besok another meeting lagi...and thursday meeting lagi..lepas tu dah Friday....weekend's coming..ntah laa..rasa macam tak percaya bulan Jun dah tinggal brapa hari...and i missed him!!

Tak sabar nak tunggu bos baru masuk at least semua keje blh lepaskan kat dia balik..aku tak larat nak keje 12 jam sehari...boleh jammed otak..

Tiba2 aku teringat kat arwah...sedekah Al-Fatihah banyak2...rindu plak...walauapapun aku dah maafkan arwah..halalkan makan minum semua..biarlah roh nye tenang di sana..amin..

Aku tau ada manusia2 yang akan ketawakan aku...tak pe laa ini dah bahagian aku... biarlah diorg ketawakan kedukaan aku...biarlah diorg gelakkan tangisan aku...biarlah diorg bahagia melihat kesedihan aku .... memang dah dasar manusia munafik macam tu nak buat macam mana kan....entah bila diorg nak sedar pun aku tak tahu...tapi aku sedia maafkan orang2 yang mengumpat keji aku...mengata aku...mendengki khianat aku...memfitnah aku....aku mohon agar Allah turut ampunkan dosa mereka....amin...sekurang2nya aku bersyukur kerana masih mempunyai ibu yang tak henti2 mendoakan kebahagian aku....mendoakan ketabahan aku menghadapi manusia plastic di sekeliling aku... sekurang2 aku mempunyai bapa yang penyayang...yang tak jemu2 mendengar keluh kesah ku....sekurang2nya aku mempunyai adik beradik yang sentiasa memahami aku..sekurang2 nya ku mempunyai sahabat baik yang tidak pernah sekali menikam aku dari belakang dan megah mencanang aib ku...Alhamdulilah....Kau telah kurniakan insan yang terbaik di dalam hidup ku....

Sekarang ni aku nak fokus dgn business aku dan berjalan terus ke hadapan..Alhamdulilah rezeki Allah beri di sebalik kesedihan ini... kalau tak de apa2 aral aku nak ikut mak n ayah tunaikan Haji...tapi aku nak pergi Umrah dgn Tanty dulu... insyallah ada lebih sket rezeki ni...Alhamdulilah.....Syukur Alhamdulilah....kumpul duit sket lagi blh bawak adik aku layla pergi umrah....Ya Allah kau kurniakanlah rezeki....untuk aku bawak sekeluarga ke Tanah Haram....amin...

Imam Ali bin Abi Talib berpesan: "Tenangkanlah hati dalam waktu-waktu tertentu, kerana jika hati itu merasa letih ia akan menjadi buta"

Jangan bersedih....
Kekasih pilihan Allah akan dihadiahi dugaan hebat tanda kasih Nya,
Jalannya dihias dengan duri2 luka,
Tidak dibiarkan lena dalam nikmat melimpah,
Tapi dihidangkan keperitan susah payah yang tiada sudah.....

Dalam diari pejuang tiada masalah yang merumitkan, ujian yang melemahkan, bala yang menyusahkan, bahkan itu semua dijadikan batu loncatan untuk lebih hebat. Mereka tepu dengan masalah dan ujian, cuma sesekali air mata merembes menerjah pipi, lambang kekerdilan kudrat hamba berdepan dengan belaian Pencipta, sebagai tanda ingatan Nya...